Gambar: INGimage
Ingin tampil lain dengan mencuba gaya solekan baru? EH! bawakan tip serta inspirasi solekan buat anda.
1. BIBIR MUNGIL SENSUAL
Rata-rata wanita di luar sana lebih selesa mengenakan ton warna coral dan nude. Lupakan semua itu dengan tampil vibrant melalui pilihan gincu rona terang dan terkini. Ianya akan menonjolkan elemen keseronokan, segar serta penuh tenaga buat diri anda.
2. INSPIRASI PADANG PASIR
Tampil bersahaja dengan gaya minimal sinar bronze di wajah anda. Guna bedak asas yang sesuai dengan rona kulit, highlighter dan bronzer agar wajah tampak bercahaya. Paduan solekan tadi diadun sebati pada bahagian tulang pipi, hidung, dahi dan dagu untuk mendapatkan struktur wajah bentuk V.
3. EFEK CORENG
Cipta gaya geometri pada wajah anda dengan menumpukan pada solekan mata. Serlah gaya berani, seksi serta feminin dalam nada dramatik. Kecantikan memerlukan detail, it is all about a trick of the eye that is very artistic.
4. RAMBUT CHIC
Buat dandanan rambut pula, lupakan gaya rumit dan terperinci. Sebaliknya adaptasikan gaya ringkas ponytail ataupun bersanggul. Suntik gaya dandanan santai dan bersahaja dengan modern twist yang sudah pasti mampu membuatkan anda tampak feminin.