Cetusan ilham gaya peribadi ibu tercinta, François Nars tampilkan koleksi terhad, NARS Claudette yang berinspirasikan nostalgia cantik tanpa batasan.
Tercetus semangat cantik kala berada Paris Rive Gauche sekitar tahun 1970, François Nars membayangkan wajah ibunya yang menawan diserikan dengan ilham solekan bold disebalik gaya tersendiri. Koleksi terhad Claudette ini sudahpun berada di pasaran dan boleh didapati di setiap kaunter kecantikan NARS.