Sembang cantik bersama François Nars
Apakah memori terawal bersama ibu anda?
Memori terawal itu tidaklah saya ingat tetapi saya masih teringat ibu sering kelihatan cantik dan setiap kali dia tampil keluar pasti ramai mata memandangnya. She has always been a very gorgeous woman.
Adakah anda pernah melihat ibu anda bersolek?
Ibu tidak pernah bersolek tebal, dia lebih gemar dengan solekan natural. Alat solekan pilihannya seperti maskara dan pemerah pipi adalah pilihan hariannya. Dia tidak gemar dengan bedak asas atau sesuatu yang melitupi wajahnya secara menyeluruh. Bagi saya, dia tidak memerlukan solekan yang tebal kerana sudah punya kulit wajah menawan.
Bilakah kali pertama anda menyolek ibu dan adakah anda masih ingat gaya solekan itu?
Seingat saya sekitar 70-an saya mula membuat solekan percubaan ke atas wajahnya dan ketika itulah saya mula jatuh cinta akan dunia fesyen dan kecantikan. Saya mencuba kembali ilham solekan daripada Vogue dan Elle Paris. Ibu saya memiliki mata berona hijau dan sudah tentu solekan mata menjadi pilihan saya. Gaya solekan mata ‘Smoky Eyes’ ketika ini sangat trendy dan saya jadikan ia sebagai rujukan untuk ibu saya dan hasilnya sangat mengagumkan.
Bagaimana anda mencipta koleksi ini? Adakah ia adalah hasil idea anda atau gabungan idea bersama ibu anda?
Idea saya dan saya kongsikan bersamanya. Ibu saya orang yang agak pemalu jadi dia tidak akan berani untuk membuat koleksi kolaborasi bersama NARS. Segalanya bermula dari saya dan kongsikan bersama team NARS. Namanya tertulis untuk koleksi yang benar-benar dia gemari.
Apakah inspirasi disebalik rekaan bungkusan?
Inspirasi tercetus melalui cetakan daripada gaun miliknya yang sering dia pakai ketika era 70-an.
Bagaimana anda memilih warna sebagai lambang utama koleksi Claudette?
Saya memilih warna mengikut kesesuaian dengan personaliti dirinya yang menampakkan dia selesa dan gemar untuk memakainya. Warna bersifat timeless.
Apakah ilham kempen koleksi Claudette?
Segalanya bermula di Hotel Regina, Paris. Dengan hanya memakan masa satu hari kempen terlaksana dengan sempurna dan ibu banyak memberi kerjasama dari mula pengambaran hinggalah penghujungnya. Pada mulanya dia agak gementar dan kekok namun dia sangat profesional.