Artikel berkaitan Nars Bercanda Ton Emas Dalam Himpunan Edisi Terhad 2020
Sembang cantik bersama Claudette
Koleksi ini memberi gambaran untuk sesuai yang bold dan details. Malah, cetus ilham di era 70-an. Adakah ianya momen untuk anda dan François?
François sejak berumur 12 tahun dia sudahpun terdedah dengan dunia fesyen dan sering menunjukkan reaksi suka terhadap busana Yves Saint Laurent. Dia sendiri pernah berkata kepada saya, “We need to go to Toulouse, one of the Rive Gauche stores.” Dia amat mengemari rekaan setiap busana di Toulouse kerana fabriknya haute-couture dan hingga kini saya masih menyimpan.
Apakah memori terbaik di Paris bersama François?
Ketika di Paris, François menjumpai sebuah restoran dan ketika itulah kami terserempak Marina Schiano bersama Pierre Bergé. Ketika itu, Marina Schiano sedang menyarung jaket pilot dari Rive Gauche. Apa yang menarik, apabila François bersahabat baik dengan Marina, dia pula memberi jaket itu kepada François sebagai tanda persahabatan.
Apakah nasihat kecantikan untuk diri anda ketika saat muda?
Don’t lose your freshness. Apabila anda masih muda, anda kelihatan sangat mengagumkan jadi kenapa harus membazir masa ini. Saat François merias mata saya, saya seperti kelihatan lebih muda 10 tahun. Saya punya cara tersendiri untuk merias wajah saya, tetapi apabila di tangan yang pakai kita haruslah berbangga dia biarkan mereka berkarya.
Adakah François sering menghantar produk NARS sebelum ia dilancarkan?
YA! Dia sentiasa kirimkan produk penjagaan kulit sebelum dilancarkan. Dia sangat mengenali diri saya. Jika produk solekan pula dia akan memilih palet yang saya paling gemari. Katanya, “I know you by heart, Mom.”
Bagaimana pula dengan hubungan anda dengan François kerana dia seorang individu yang sangat sibuk dengan kariernya?
Sesibuk manapun anak saya, dia tidak pernah lupa tanggungjawabnya. Sering mengirimkan vitamin dan bertanya khabar jika dia ada kelapangan masa. He’s very thoughtful and never forgets us. Dia sangat baik hati dan kami sekeluarga sangat berbangga memilikinya dan juga keluarga NARS.