Daiyan Trisha dan Yaya Zahir, best-friend-forever yang semua orang tahu keakrabannya berkongsi langkah demi langkah solekan ringkas di pagi Syawal.
Hari Raya, satu keraian yang dinanti-nanti. Selepas sebulan menjalani ibadat puasa, ketibaan Syawal dianggap sebagai satu detik untuk merayakan kejayaan selepas menyempurnakan rukun Islam ketiga itu. Dan sering sahaja keraian ini disambut dengan pelbagai juadah nan enak, dekroasi baharu, busana anggun nan pelbagai stailnya dan dilengkapi pula dengan solekan dan dandanan sepadan.
Eksklusif menjelang Syawal, EH! mengundang Daiyan Trisha dan Yaya Zahir untuk berkongsi langkah riasan wajah mereka di pagi Aidilfitri, dan lebih istimewa kedua-duanya menggunakan rangkaian alat solek dari Lancôme.
Selepas wajah dibersihkan dan disediakan dengan serum dan pelembap, Daiyan dan Yaya akan mengoles bedak asas, dan pilihan mereka ialah Teint Idole Ultra Wear. Bedak asas ini baru sahaja dinaik taraf formulanya menjadikan pengalaman mengoles dan melitupi wajah dengannya cukup menyenangkan. Bedak asas dengan kemasan pusam ini mampu mengaburi cela sehingga 24 jam.
Daiyan memilih Shade 210C manakala mummy-to-be Yaya Zahir menggunakan shade 205C. Apa keistimewaan lain bedak asas ini? Jika dilihat pada teksturnya, memang ringan, kulit terasa selesa memakainya. Ia juga lut udara (breathable) serta dilengkapi dengan 80 peratus manfaat untuk membelai kulit. Bedak asas yang versatil ini boleh diaplikasi menggunakan span atau berus juga mampu tahan lama, maka sesuailah dengan cuaca panas-lembap Malaysia. Tidak perlu bimbang jika anda keluar beraya dari pagi hingga ke petang.
Untuk menaikkan seri keseluruhan solekan, tidak sempurna jika bibir tidak bercalit gincu. Bagi kami gincu adalah rahsia asas yang membuatkan solekan tampil berseri-seri secara pantas. Apa gincu pilihan Daiyan dan Yaya? Kedua-duanya senang dengan gincu dengan kemasan pusam, yang mana lazimnya gincu dengan kemasan sebegini tahan lama dan warnanya lebih pekat.
Kedua-dua sahabat baik ini senang dengan rangkaian L’absolu Rouge yang mana Daiyan selesa mencalit bibir dengan Drama Matte (yang disempurnakan dengan efek ultra pusam), manakala Yaya pula senang dengan Intimatte yang menyajikan efek pusam samar. Kedua-dua gincu ini melitupi bibir dengan sempurna dan bertahan sehingga 12 jam.
Masakan sempurna merapi penampilan diri andai tiada semburan haruman. Minyak wangi bagi kebanyakan orang bagaikan ‘persalinan’ kedua yang membuat penampilan lebih segar dan sempurna.
Pilihan mereka? Tidak lain dan tidak bukan semestinya Idôle Le Parfum. Haruman yang sarat dengan aroma mawar, melati dan chypre ini disimbolkan sebagai sebuah haruman untuk wanita generasi baru yang kental, berani dan berkuasa. ‘I always say my Idôle is my future self,” kata Zendaya yang juga wajah rasmi haruman ini.
Tunggu apa lagi, cubalah gaya solekan ini dan kesemua produk yang mereka gunakan boleh didapati di pautan ini.
Jom tonton video eksklusif Keceriaan Bersama Lancôme berikut:
BACA: Krim Mata Terbaik, Lancôme Advanced Génifique Eye Cream