Menggali dunia haruman adalah satu perjalanan yang menyeronokkan, di mana setiap aroma mempunyai cerita dan keunikan tersendiri yang membawa kita ke suatu tempat yang berbeza dan mencipta suasana yang penuh keajaiban.
Dalam dunia yang serba pantas ini, wangian adalah pelengkap identiti yang mampu menonjolkan personaliti dan memberikan kesan abadi. Ramai yang berpendapat, wangian bukan sekadar haruman tetapi, sentuhan terakhir yang melengkapkan gaya dan menambah keyakinan diri.
Setiap semburan membawa kita ke dunia yang berbeza, mencipta suasana, mengimbau memori, atau menonjolkan aura tertentu. Jika anda sedang mencari wangian berkualiti dalam lingkungan bajet yang mesra poket, jangan risau! EH! akan kongsikan pilihan wangian eksklusif yang mampu menawan hati tanpa membuat anda berbelanja besar.
Intai Lima Wangian Bawah RM350 Di Sephora!
1. Kylie Jenner Cosmic EDP 100ml (RM340)
Kylie Jenner melangkah ke dunia haruman dengan wangian Cosmic yang akan membuatkan anda jatuh cinta dari semburan pertama yang disambut dengan aroma bunga bintang melati dan blood orange yang ceria, mencipta suasana yang penuh bertenaga. Di tengahnya, nota golden amber dan red peony yang menambah kesan mewah, sementara asas kayu cedar dan vanila musk memberikan kesan manis dan kelembutan yang menenangkan.
Rekaan botolnya yang elegan juga menjadikannya aksesori menarik di atas meja solek anda. Dengan formula yang tahan lama, Cosmic EDP ini pasti akan membuat anda merasa luar biasa, meninggalkan kesan magis di mana saja anda pergi. Jika anda mencari sesuatu yang mampu memancarkan pesona dan keyakinan, ini adalah pilihan yang sempurna.
2. Chloé Love Story EDP 30ml (RM330)
Chloé Love Story Eau de Parfum adalah simbol kemewahan feminin yang menghidupkan intipati orange blossom yang memikat. Dibuka dengan kesegaran orange blossom yang mempesona, mengingatkan kita pada momen cinta pertama yang penuh harapan. Di tengahnya, nota bunga jasmine stephanotis, yang dikenali sebagai bunga kebahagiaan, menambahkan lagi sentuhan feminin yang halus.
Botolnya direka dalam bentuk padlock sebagai simbol kasih sayang, dihiasi dengan ribbon ivory yang menambahkan sentuhan elegan dan feminim, sesuai untuk anda yang mencari wangian yang memancarkan kesan feminim dan romantik.
3. Versace Pour Femme Dylan Purple EDP 30ml (RM330)
Versace Pour Femme Dylan Purple adalah pilihan ideal buat mereka yang mencari aroma yang elegan dan ceria. Wangian ini dibuka dengan sentuhan segar bergamot dan aroma oren yang menyegarkan, mencipta suasana yang penuh tenaga. Nota freesia lembut menambah kilauan warna ungu yang menawan, sementara pear memberikan nuansa moden yang segar.
Dylan Purple bukan sekadar wangian biasa, ia mencerminkan keanggunan yang berseri dan meninggalkan kesan mendalam buat si pemakai. Jika anda ingin menambah sentuhan ceria dan anggun pada koleksi haruman anda, wangian ini sangat sesuai untuk anda yang menggemari aroma yang ringan tetapi tetap meninggalkan kesan yang kekal.
4. ARMANI Si Passione Intense EDP 30ml (RM320)
Giorgio Armani Si Passione Intense adalah haruman yang mencerminkan daya tarikan dan keanggunan dengan sentuhan floral-ambery yang memikat. Wangian ini merayakan sisi sensual dan bertenaga seorang wanita melalui keharuman bunga jasmin. Dari semburan pertama, anda akan disambut dengan nota pear yang segar dan manis, mencipta nuansa ceria dan menggoda.
Di tengahnya, nota bunga jasmin yang mengungkapkan keanggunan dan daya tarikan yang mendalam, menjadikan setiap momen terasa lebih istimewa. Asas vanila dan patchouli melengkapi haruman ini dengan kehangatan yang berpanjangan, mencetuskan rasa cinta dan semangat yang berapi-api. Dengan setiap semburan, anda akan merasakan kehadiran yang kuat dan memikat, menjadikannya pilihan ideal untuk wanita yang berani dan berkarisma.
5. Salt & Stone Body Mist 100ml (RM230)
Sebagai pelengkap harian yang ringan dan nyaman, Salt & Stone hadir dengan body mist yang beraroma earthy, woody dan floral yang sesuai untuk setiap inci kulit. Hadir dengan tiga varian utama iaitu, black rose & oud, hinoki & santal dan vetiver & amber yang menawarkan variasi bauan yang unik, setiap semburan juga mengandungi glycerin dan red algae yang kaya dengan nutrien, memberikan kelembapan pada kulit dan aroma yang tahan lama.
Body mist dari Salt & Stone ini adalah cara yang sempurna untuk melengkapkan rutin penjagaan badan anda, memberikan kesegaran dan keharuman yang menawan sepanjang hari menjadikan ia sebagai item must-have dalam koleksi wangian anda.
Artikel Berkaitan: 5 Wangian Reed Diffuser Lokal Perlu Cuba Untuk Permulaan Baru 2024