Sepanjang tahun 2024, dunia kecantikan telah menyaksikan pelbagai inovasi yang menggabungkan teknologi terkini dengan bahan semula jadi untuk menghasilkan produk yang lebih efektif. Dari rawatan kulit yang menyegarkan hingga solekan tahan lama, produk-produk ini juga menawarkan pengalaman baru yang mampu memberikan hasil yang memuaskan, menjadikan kecantikan lebih accessible dan relevan dengan gaya hidup yang sibuk.
Pejam celik, tahun 2024 hampir melabuhkan tirainya, meninggalkan kita dengan pelbagai trend kecantikan yang pernah mencuri perhatian sepanjang tahun. Ada produk yang tular hingga menjadi rebutan ramai, ada juga jenama underrated yang berjaya menonjolkan kualiti luar biasa.
Sepanjang tahun ini, EH! telah berpeluang mencuba pelbagai produk kecantikan yang melintasi meja kami, ada yang menepati jangkaan, ada juga yang melangkaui imaginasi. Oleh itu, kami telah menyenaraikan sepuluh produk kecantikan terbaik yang bukan sahaja memenuhi standard tinggi tetapi juga memberikan hasil yang luar biasa dan telah menjadi kegemaran kami sepanjang tahun.
Intai 10 Produk Kecantikan Pilihan EH! Sepanjang Tahun 2024;
1. GLOW RECIPE Watermelon Glow Niacinamide Dew Drops (RM 104)
Serum ini menjadi bualan ramai kerana keupayaannya yang mampu memberikan kilauan semula jadi. Diformulasi dengan niacinamide dan ekstrak tembikai, ia bukan sahaja mencerahkan kulit tetapi juga menyamakan tona wajah.
Anda juga boleh gunakannya sebagai serum, primer sebelum mekap, atau jika anda lebih suka gaya no-makeup look, serum ini boleh digunakan sebagai langkah terakhir dalam rutin penjagaan kulit anda untuk efek glass skin yang sempurna.
2. SUPERGOOP! Unseen Sunscreen Broad Spectrum Sunscreen SPF 40 PA+++ (RM 108)
Popular kerana teksturnya yang ultra-ringan dan tidak berminyak, SUPERGOOP! Unseen Sunscreen ini menyerap sepenuhnya tanpa meninggalkan kesan putih atau rasa melekit di kulit. Lebih menarik, ia juga berfungsi sebagai primer yang menjadikan kulit lebih licin, memberi kemasan yang sempurna untuk aplikasi solekan.
Selain melindungi kulit daripada sinar UV yang merosakkan, formula inovatif ini juga bertindak melawan blue light iaitu cahaya berbahaya yang dipancarkan oleh telefon pintar dan skrin komputer. Ia juga sesuai untuk semua jenis kulit, dari yang kering hingga berminyak.
3. FENTY BEAUTY Gloss Bomb Stix (RM 127)
Bayangkan gabungan sempurna antara kelembutan balm bibir dan kilauan mempesona lip gloss dalam Fenty Beauty Gloss Bomb Stix. Gincu ini bukan sahaja memberikan warna yang cantik tetapi juga memastikan bibir kekal selesa dan terhidrat sepanjang hari.
Pilihan warna-warnanya yang trendy menjadikan bibir anda kelihatan sihat, berkilat, dan penuh pesona. Diformulasikan dengan Vitamin E dan Shea Butter, ia memberikan kelembapan mendalam sehingga lapan jam tanpa meninggalkan rasa melekit yang tidak selesa. Malah, teksturnya yang licin memudahkan aplikasi, menjadikan bibir kelihatan menawan hanya dengan satu sapuan.
4. MOUNT LAI Gua Sha Facial Lifting Tool Stainless Steel (RM 175)
Alat urutan wajah yang menjadi simbol kecantikan tradisional Asia ini masih kekal relevan hingga ke hari ini, malah lebih inovatif dengan material tahan karat yang memberikan sentuhan sejuk pada kulit, menjadikannya lebih efektif untuk menenangkan wajah yang letih.
Gunakan bersama minyak wajah atau serum kegemaran anda untuk pengalaman urutan yang segar. Dengan penggunaan konsisten, anda akan perasan kulit semakin tegang, garis halus berkurang, dan wajah berseri seperti baru sahaja selesai menjalani rawatan eksklusif di spa mewah.
5. SALT & STONE Bergamot & Hinoki Body Wash (RM 182)
Diformulasikan dengan ekstrak rumpai laut, spirulina, dan niacinamide, gel pembersih badan ini bukan hanya membersihkan kulit, tetapi turut memberikan kelembapan yang mendalam dan perlindungan pada kulit. Kombinasi bahan semulajadi yang kaya dengan antioksidan ini membantu menenangkan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari, angin, dan pencemaran.
Dengan setiap penggunaan, kulit anda akan terasa lebih sihat, segar, dan berseri. Gel pembersih ini menawarkan sensasi relaksasi yang menenangkan, memastikan pengalaman mandi anda lebih bermakna dan menyegarkan.
6. PATRICK TA Major Headlines Double-Take Creme & Powder Blush (RM190)
Untuk anda yang sukakan warna pipi yang bold dan menyerlah, pemerah pipi ini adalah gabungan sempurna dua formula krim yang memberikan efek glow dan powdery yang tahan lama. Apa yang membuatkan produk ini menarik adalah kemampuannya disesuaikan mengikut mood dan acara anda, sama ada anda mahukan penampilan minimalis untuk gaya harian, atau look yang lebih dramatik untuk acara malam.
Pemerah pipi ini mampu mencipta dimensi pada wajah, menjadikan penampilan anda lebih segar dan memukau. Pastinya must-have bagi mereka yang mengutamakan kecantikan sempurna.
7. SOL DE JANEIRO Cheirosa 40 Perfume Mist (RM 195)
Bayangkan diri anda berjalan di pesisir pantai Brazil, ditemani angin lembut dan aroma manis yang memikat. Itulah pengalaman yang dibawa oleh Sol de Janeiro Cheirosa 40 Perfume Mist, haruman gourmand floral yang memancarkan pesona sensual dan romantis.
Wangian ini menggabungkan nota memikat black amber plum, kehangatan vanilla woods, dan kesegaran jasmine blooms, mencipta aroma yang sempurna manis, lembut, tetapi penuh daya tarikan. Setiap semburan membawa rasa mewah yang halus, menjadikan anda seolah-olah berada di sebuah taman tropika.
8. HUDA BEAUTY Easy Bake Loose Powder (RM 207)
HUDA BEAUTY Easy Bake Loose Powder adalah rahsia di sebalik solekan flawless. Loose powder ini memberikan kemasan matte yang bercahaya, menyerlahkan kecantikan semula jadi tanpa sebarang kesan cakey. Digunakan untuk baking atau setting mekap, loose powder ini berfungsi untuk mengunci solekan dan mengawal kilauan, menjadikannya ideal untuk cuaca panas atau aktiviti harian yang memerlukan ketahanan sepanjang hari. Dengan kemasan yang ringan dan halus, ia memberikan kulit yang tampak sempurna, bebas minyak, dan tetap berseri tanpa perlu risau tentang solekan yang luntur atau bercapuk.
9. SHU UEMURA Unlimited Breathable Lasting Fluid Foundation (RM 228)
Foundation ini mampu memberikan hasil semi-matte yang semula jadi dan mampu menyamarkan cela tanpa membuat kulit terasa berat. Daya tahannya yang luar biasa menjadikan ia pilihan tepat untuk hari-hari panjang yang memerlukan penampilan flawless dari pagi hingga malam.
Sesuai untuk semua jenis kulit, ia memberikan perlindungan terhadap pencemaran dan memastikan kulit kekal bebas minyak, berseri dan bercahaya. Jika anda mencari foundation yang memberi coverage yang sempurna tanpa rasa cakey, SHU UEMURA Unlimited Breathable Lasting Fluid Foundation adalah pilihan ideal untuk penampilan flawless yang kekal segar sepanjang hari.
10. MAKEUP BY MARIO Master Mattes® Neutral Eyeshadow Palette (RM 329)
Palet ini menjadi kegemaran ramai kerana rona-ronanya yang neutral dan sesuai untuk semua jenis kulit. Direka dengan formula matte yang creamy, setiap warna boleh dipadankan untuk mencipta gaya solekan siang yang santai hingga malam yang glamor.
Sama ada untuk look natural atau smoky eye klasik, yang membolehkan anda bereksperimen dengan pelbagai jenis solekan untuk menonjolkan struktur mata atau memberi definisi pada kelopak, item ini adalah item wajib untuk pencinta kecantikan yang mahu kelihatan effortlessly chic!
Artikel Berkaitan: Ameera Khan Lancar Jenama Kecantikan Ellemkay Dengan 2 Pemerah Pipi