Diorshow yang baharu ini sangat menarik, himpunannya diserikan dengan maskara isian semula dan juga krayon berwarna-warni untuk kita berkreatif kala merias mata. Ikuti temubual istimewa EH! bersama Peter Philips, individu genius di sebalik koleksi ini.
Diorshow Iconic Overcurl adalah maskara isian semula pertama, apakah cabaran untuk menghasilkannya?
Konsep isian semula ini kita dah lama perkenalkan sejak pasca pandemik menerusi Rouge Dior. Selain gincu Dior juga dibarisi dengan isian semula untuk bedak kusyennya. Malah isian semula untuk gincu Dior sudah diperkenalkan seawal era 1950-an. Konsep isian semula ini melalui satu cara yang baru selepas era pandemik dan kita sendiri mahu melihat sama ada pengguna menyenanginya atau tidak. Rouge Dior dengan isian semula yang diperkenalkan pada 2021 mendapat sambutan dan kami rasa sudah tiba masa untuk maskara isian semula. Bungkusannya menarik dan ini adalah satu pelaburan baru Dior. Secara konklusinya ia sebuah konsep yang sangat cantik.
Ada sebarang teknik atau tip baru dalam mengaplikasi maskara?
Selepas mengepit bulu mata (menggunakan eyelash curler), saya selalu mulakan dengan menyapu Diorshow Maximizer sebagai asas sebelum menyapu maskara. Ini adalah langkap untuk menyediakan bulu mata, bertindak sebagai primer dan sebenarnya ia juga memberi efek bulu mata yang lebih tebal. Kemudian barulah saya menyapu maskara dari pangkal bulu mata dan menyapunya dalam gerakan zig-zag. Sapu lebih sedikit pada bulu mata di sudut luar mata untuk hasil mata yang lebih galak.
Diorshow Iconic Overcurl hadir dalam lima pilihan warna. Selain hitam, apakah warna maskara yang sesuai dengan mata wanita Asia yang majoritinya berwarna hitam atau coklat?
Jika ingin mencuba maskara berwarna saya rasa wanita Asia sesuai menggunakan maskara merah. Ia akan lebih menyerlah andai digabungkan bersama calitan warna merah dari Diorshow On Stage Crayon. Teksturnya meluncur lembut saat diaplikasi.
Secara peribadi apa pendapat kamu tentang eyelash extension?
Eyelash extension nampak cantik pada sesetengah orang dan biasanya ia cantik dalam tiga minggu. Ia mungkin adalah solusi terbaik bagi sesetengah orang, samalah juga dengan eyelash perm. Misalnya bagi pelakon yang perlu beraksi dalam adegan di dalam air, ia adalah solusi terbaik.
Gel dan wax bulu kening adalah dua produk merias kening yang popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini khususnya untuk gaya stail dan efek kening brush-up. Pada pendapat kamu berapa lama stail ini akan bertahan?
Merias kening sudah lama tidak diberi perhatian kerana melukis kening bukan mudah. Tetapi sekarang kening kembali mendapat perhatian yang sepatutnya. Trend kening brush-up akan bertahan lama kerana ramai wanita sudah sedar kening adalah bahagian yang penting dalam bersolek.
Boleh kamu kongsikan tip dan idea menarik untuk merias mata dengan krayon?
Diorshow On Stage Crayon hadir dalam lapan warna seperti hitam, coklat, biru, putih, merah bata, hijau gelap dan ungu. Teksturnya adalah gabungan pensel mata dan celak. Warnanya pekat dan meluncur laju kala diaplikasi. Cantik dijadikan penggaris mata, atau mewarnakan pada garis dalam mata atau boleh juga dijadikan pembayang mata. Warnanya sesuai digandingkan dengan pembayang mata Dior yang lain termasuklah 5 Couleurs.
Bolehkah kita menggabungkan Dior Forever Foundation glow dan matte dalam satu masa?
Saya tak sarankan anda mencampurkan kedua-duanya kerana kedua-duanya mempunyai kemasan berbeza. Dior Forever Foundatiuon Glow sangat hidrat.
Dior Forever Foundation dicipta dengan formula yang boleh bertahan sehingga 24 jam. Bagi Malaysia yang bersuhu panas-lembap (humid), adakah perlu untuk melapiskannya dengan bedak? Dan jika melapiskannya dengan bedak bagaimana untuk mengekalkan efek glowing?
Untuk membuatkan asas solekan tahan lama kita mesti sediakan kulit dengan sempurna seperti memakai pelembap dan saya sarankan Dior Forever Glow Veil sebagai primer. Jika mahu memakai bedak cukup hanya pada zon-T sahaja. Seperti di pertunjukan Dior di India baru-baru ini, saya hanya melapiskan bedak asas dengan bedak pada tepi hidung dan zon-T semata.