Teks : Izzati Saadin
Cakap cantik bersama Timbalan Pengarang Kecantikan, Izzati Saadin dan untuk isu kali ini; Go Basic! dari penjagaan kulit hinggalah solekan.
Jika di zaman awal 20-an dahulu bolehlah kulit ini bereksperimen mencuba apa saja yang dihantar ke meja editorial. Dan silap saya? memang cuba semua, dan menjelang pertengahan 20-an kesannya pori-pori saya tersumbat lantas mengakibatkan jerawat kecil-kecil (komedon).
Boleh dikatakan penuh satu wajah. Dan semakin lama semakin teruk hinggalah saya berjumpa dengan pakar dermatologi di salah sebuah klinik kulit di Bangsar.
“Jangan pakai apa-apa pada wajah, no makeu up! No facial wash, nothing on your skin!” Dan secara spesifik jangan pakai mekap itu adalah lebih kepada asas wajah, seperti bedak asas, pemerah pipi dan sebagainya.
Saya hanya dibenarkan untuk mencuci wajah dengan air dan memakai penjagaan kulit yang diberi sahaja sehinggalah kulit kembali pulih. Dan apa yang penting selepas kulit saya pulih, adalah mengekalkannya. Jadi, ini yang saya lakukan di usia yang kian menginjak 30-an kini:
Jaga lima langkah ini untuk kulit bebas cela!