Ada satu perkara tentang J-beauty yang tidak boleh disamakan dengan trend kecantikan negara lain, ia tidak pernah cuba untuk menjadi viral. Dan mungkin kerana itu, ia sentiasa kekal relevan sehingga ke hari ini, tanpa perlu menjerit untuk minta diperhatikan.
Di Jepun, kecantikan dilihat sebagai sesuatu yang meaningful, intentional dan harmonious, bukan sekadar trend viral di media sosial. Sebab itu, rutin J-beauty tidak pernah terburu-buru. Ia mengutamakan pengalaman dan hasil yang natural dan seimbang.
Brand seperti Shiseido, Sekkisei dan Clé de Peau Beauté telah membawa nama J-beauty ke peringkat global. Namun, dunia J-beauty sebenarnya jauh lebih luas daripada itu. Kini, semakin ramai mula mengenali produk drugstore Jepun yang bukan hanya popular di sosial media kerana hype semata tetapi kerana keberkesanannya yang konsisten dan boleh dipercayai.
EH! senaraikan ultimate guide J-beauty ini untuk anda yang ingin mula berjinak dengan rutin kecantikan yang lebih minimal, atau mungkin sedang merancang perjalanan ke Jepun dan ingin tahu produk apa yang wajib dibawa pulang.
Bahan Penting Dalam J-Beauty
Salah satu kekuatan utama J-beauty adalah penggunaan bahan-bahan semula jadi yang telah digunakan sejak berabad lamanya, digabungkan dengan teknologi skincare moden yang sangat advanced.
Antara bahan popular termasuk green tea, rice bran, fermented extracts dan camellia oil. Green tea terkenal dengan sifat antioksidan yang membantu melindungi kulit. Rice bran pula membantu melembapkan dan mencerahkan kulit secara lembut. Fermented ingredients pula berfungsi menyokong kesihatan skin barrier dan meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekalkan kelembapan.
Camellia oil menjadi salah satu bahan ikonik dalam J-beauty, terutama dalam produk Shiseido yang menggunakan teknologi Power Fermented Camellia+ dalam rangkaian seperti Ultimune Power Infusing Serum. Gabungan bahan tradisional dan teknologi moden inilah yang menjadikan J-beauty unik kerana ia sentiasa berevolusi dengan sains kecantikan terkini.

Rutin Kecantikan Kulit Jepun
Rutin kecantikan kulit Jepun tidaklah kompleks, tetapi sangat teratur dan konsisten. Fokus utama mereka adalah cleansing, hydration, dan protection, tiga asas yang menjadi tulang belakang kepada kulit yang sihat dan seimbang.
Langkah pertama bermula dengan double cleansing, untuk memastikan kulit benar-benar bersih tanpa merosakkan skin barrier. Produk seperti Kose Softymo Speedy Cleansing Oil membantu melarutkan makeup dan sunscreen dengan cepat, manakala DHC Deep Cleansing Oil menjadi pilihan klasik untuk deep cleanse tanpa membuat kulit terasa kering atau tegang.
Seterusnya, langkah yang dianggap paling penting dalam J-beauty adalah hydration. Melalui hydrating toner atau lotion, kulit diberi kelembapan secara berlapis untuk mengekalkan kesihatan skin barrier. Produk seperti Hada Labo terkenal dengan tekstur watery dan cepat meresap, membantu mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari.

Perlindung matahari merupakan keperluan wajib yang tidak boleh ditinggalkan. Produk seperti Biore UV Aqua Rich Watery Essence dan Skin Aqua Super Moisture UV Sun Milk menjadi kegemaran ramai kerana formulanya yang ringan, tidak meninggalkan white cast dan sangat selesa dipakai setiap hari tanpa rasa berat di kulit.
Untuk brightening care, produk seperti Melano CC Vitamin C Essence sering menjadi pilihan kerana membantu memudarkan dark spots dan mencerahkan kulit secara berperingkat dengan penggunaan yang konsisten.

Rutin Kecantikan Rambut Jepun
Dalam rutin penjagaan rambut, fokus utama bukan sekadar rambut yang cantik, tetapi kulit kepala yang sihat. Konsepnya adalah rambut yang sihat bermula dari scalp yang bersih dan dijaga dengan konsisten. Produk rambut Jepun banyak menggunakan bahan seperti rice water, sake water, green tea dan camellia oil. Setiap bahan ini membawa fungsi tersendiri. Dalam masa yang sama, teknologi seperti peptides dan fermented ingredients semakin banyak digunakan untuk membantu memperbaiki struktur rambut, menjadikan rambut bukan sahaja kelihatan lebih sihat, tetapi benar-benar lebih kuat secara menyeluruh.
Antara produk paling popular adalah Shiseido Fino Premium Touch Hair Mask, yang terkenal dengan keupayaannya melembutkan rambut dan memberikan efek kilau seperti rawatan salon hanya selepas beberapa kali penggunaan. Ia sering menjadi kegemaran di TikTok, terutama untuk rambut kering dan rosak yang perlukan instant revival.

Selain itu, beberapa produk lain turut menjadi kegemaran ramai kerana hasilnya yang konsisten dan mudah didapati seperti Shiseido Tsubaki Premium Repair Hair Mask, &honey Deep Moist Hair Oil dan Ichikami Smooth & Sleek Hair Oil yang juga antara pilihan popular peminat kecantina. Ketiga-tiga produk ini sering menjadi TikTok favourites kerana memberi hasil yang instant.
Rutin Solekan Jepun
Solekan dalam J-beauty tidak bertujuan untuk mengubah wajah secara drastik, tetapi untuk enhance natural features. Base solekan biasanya bersifat minimal memberikan hasil yang natural dan breathable pada kulit. Shimmer pula digunakan secara halus supaya ia menyatu dengan kulit. Bibir pula cenderung kepada warna natural dengan efek blur dan hydrated finish.
Produk seperti Clé de Peau Beauté Luminizing Face Enhancer menjadi pilihan untuk highlight yang halus, memberikan efek cahaya semula jadi yang menaikkan dimensi wajah tanpa keterlaluan. Dalam kategori drugstore, Canmake Waterproof Slim Liquid Eyeliner pula popular kerana memberi ketahanan sepanjang hari.
Untuk mata, Shiseido Eyelash Curler menjadi pilihan ramai kerana reka bentuknya yang ergonomik dan memberikan curl yang natural dan tahan lama. KISSME Heroine Make Mascara pula terkenal dengan formula waterproof tanpa smudge, walaupun dalam cuaca panas dan lembap menjadikannya ia pilihan paling popular ramai beauty guru.
Artikel Berkaitan: K-Beauty Guide: Ini Produk Wajib Anda Beli Ketika Bercuti di Korea











