EH! mengajak Ameera Khan berkongsi rutin lazimnya saban pagi, dari membelai kulit hinggalah menikmati secangkir kopi.
Ameera Khan, bukanlah satu nama asing bagi kelompok milenial. Walaupun bukan bergelar selebriti, dia antara influencer yang sering mendapat perhatian menerusi muat naiknya di Instagram. Malah kami di EH! sendiri pernah meletakannya sebagai penghias muka depan sewaktu usianya baru mencecah 16 tahun. Waktu itu kami memakaikannya dengan gaun pendek biru dari Chanel.
Kini di usia 21 tahun, Ameera Khan terus aktif melakukan ‘tugas’ sebagai influencer, baik kecantikan mahupun fesyen. Tampak mudah tugasnya, namun saya percaya untuk menjadi seorang bintang emdia social yang berpengaruh, seseorang itu perlu kreatif dan konsisten. Percayalah, membuat unboxing bunyinya seakan mudah, tapi hakikatnya tidak, lebih-lebih lagi jika melakukannya semua sendiri tanpa bantuan.
EH! bertanyakan Ameera tentang rutin paginya setiap hari. Jelas Ameera biasanya dia akan mulakan hari seawall yang boleh. Malah penggambaran kami bersamanya juga diawalkan ke jam lapan pagi, dan itu bukan masalah buat Ameera kerana dia sememangnya ‘morning person’.
“Sebaik bangun dan mandi saya akan terus lengkapkan rutin penjagaan kulit. Saya memakai serum dan pelembap. Bagi saya mengoles krim adalah rutin wajib saya setiap pagi. Bagi saya kulit yang cantik membantu diri saya menjadi lebih gembira dan lebih sihat.”
“Apa pilihan Ameera setiap pagi, kopi atau teh?” “Saya mulakan hari dengan secawan flat white. Itu pilihan saya.”
“Bagaimana dengan solekan? Apakah stail solekan yang sering menjadi pilihan?” “Saya senang dengan solekan yang ringan dan tipis, lagi nipis lebih baik,” jawabnya. Untuk penggambaran ini kami menggunakan rangkaian alat solek dari N°1 de Chanel, yang mana ia hadir dengan bedak asas dan salap bibir yang boleh digunakan pada pipi dan bibir.
5 PILIHAN EH!
Red Camellia Revitalizing Serum, RM475
Ia dicipta untuk mengelakkan lima tanda penuaan dan ia mengandungi 76 peratus bahan manfaat bunga camelia. Teksturnya jernih dan mudah diserap kulit. Sapukan serum ini pada wajah yang sudah disapu rata dengan losen, Red Camellia Revitalizing Lotion.
Revitalizing Serum-In-Mist, RM360
Semburan wajah yang cukup menyegarkan, air camelia merah bertindak melindungi kulit dari pencemaran. Boleh juga dijadikan sebagai semburan wajah usai sempurna bersolek.
Red Camellia Revitalizing Foundation, RM320
Bedak asas bertekstur ringan yang diperkaya dengan minyak camellia merah dan agen pelembap, dan ia mengandungi 94 peratus bahan semula jadi. Cara aplikasi mulakan dengan olesan dari bahagian tengah wajah, dahi, hidung dan dagu, kemudian serakkannya ke luar dan ratakan. Ada enam warna semuanya.
Lip And Cheek Balm, RM190
Salap bibir yang sangat versatil, boleh dicalit pada pipi dan bibir. Ia mengandungi 86 peratus bahan semula jadi yang bukan sahaja cantik merias wajah malah ia melembap dan membuat kulit berasa selesa.
N°1 De Chanel L’eau Rouge, RM490
Nota awalnya disemerbakkan oleh bau beri dan sitrus yang menyuntik kesegaran. Ia turut diperindahkan dengan bau haruman ros dan bunga melati. Inti pati haruman ini 94 peratus datangnya dari bahan semula jadi.
Rangkaian N°1 De Chanel boleh didapati di butik kecantikan Chanel juga secara dalam talian di pautan ini.
Baca: “Lakukan Apa Sahaja Yang Membahagiakan,”- Shalma Ainaa