Pasti tidak pernah tercapai dek akal bahawa anda mampu memperoleh tip kecantikan, hanya dengan kulit pisang. Mungkin selama ini, anda tidak tahu tentang manfaat dan kebaikan yang terdapat pada kulit pisang. Usah risau lagi! Jom ketahui pelbagai kebaikannya, hari ini.
Pisang merupakan antara buah-buahan yang digemari ramai, terutamanya di negara asia. Daripada buah yang biasa, hingga boleh menjadi jus, kek dan pelbagai lagi variasi pencuci mulut yang disukai ramai. Akan tetapi, tanpa disedari, sebenarnya kulit buah ini juga mempunyai manfaat yang banyak.
Kulit pisang mengandungi vitamin B12, magnesium, potassium fiber dan protein,yang dapat membantu meringankan beberapa gejala penyakit. Ini adalah seperti, gejala depresi dan juga gangguan emosi.
Selain daripada khasiat yang dikandunginya, kulit pisang juga sebenarnya mampu membantu anda dalam sudut kecantikan! Sempena Aidilfitri yang bakal kunjung tiba, anda boleh mencuba beberapa tip kecantikan yang murah dan mudah ini, hanya dirumah anda. Dan, apa yang lebih menarik, ianya dengan hanya menggunakan kulit pisang!