1. Mengurangkan Jerawat
Kulit pisang mengandungi vitamin C dan E, serta kalium, zink dan mangan. Khasiat dan nutrisi yang terkandung ini dapat meredakan kulit yang meradang, dan mampu mengurangkan jerawat.
Mudah kaedahya untuk merawat menggunakan kulit pisang ini. Caranya adalah, dengan hanya menggosok kulit pisang pada kulit wajah anda. Anda hanya perlu lakukan ia perlahan-lahan, secara lembut.
Selepas anda ratakan di wajah anda, biarkan selama 10-15 minit, sebelum dibilas dengan air. Untuk lebih berkesan, ulang cara ini dua kali sehari, dan lihat perubahannya!