5. Menyihatkan & Menguatkan Rambut
Kaum wanita terutamanya pasti menginginkan rambut yang lembut, berkilat dan lebat. Tetapi, anda pasti fikirkan kos yang tinggi untuk penjagaan rapi rambut, jika hendak ke salun. Jangan risau, hari ini anda boleh cuba cara yang baharu, hanya dengan kulit pisang!
Ciri-ciri antioksidan yang terdapat pada kulit pisang, boleh meneutralkan radikat bebas pada akar rambut. Di samping itu, ianya juga membantu untuk mengekalkan kelembapan pada rambut, dan menghapuskan kelemumur! Kolagen yang terdapat pada kulit pisang, juga dapat menguatkan dan melebatkan rambut anda. Bagaimana cara menggunakannya?
Anda hanya perlu campurkan sedikit yogurt dan minyak kelapa pada lapisan kulit pisang. Kemudian, lumurkan pada rambut dan kulit kepala anda. Biarkan selama 15-20 minit sebelum dibilas dengan air yang bersih. Pastikan untuk cuci rambut dan kulit kepala anda dengan bersih, tanpa sisa olesan tadi.
Artikel Berkaitan: 5 Manfaat Gua Sha, Rahsia Wajah Awet Muda