Sama seperti jenama kecantikan milik Brad Pitt yang baru dilancarkan, Le Domaine, produknya dijual pada harga yang agak tinggi.
TwentyNine Palms menampilkan krim mata berharga RM459, pupur wajah tanah liat (RM449), pelembap (RM411), pencuci wajah (RM184), serum (RM326), pencuci tubuh dan tangan (RM222 setiap satu) serta syampu dan perapi (RM255 setiap satu).
TwentyNine Palms mendapat namanya daripada pintu masuk ke Joshua Tree National Park di California. Seperti inspirasinya, produk-produk jenama ini diperbuat daripada botani padang pasir termasuk ekstrak buah kaktus, amaranthus dan evening primrose.
“Disebabkan persekitaran yang mencabar, bahan-bahan ini harus sangat berdaya tahan untuk terus hidup,” ujarnya.