Gaya rambut ikonik Jennifer Aniston menjadi pujaan ramai wanita, dan kini dia berkongsi rahsia penjagaan ‘mahkotanya’ bersama peminat.
Selepas memuat naik beberapa teaser di Instagram minggu lalu, Jennifer akhirnya mengumumkan pelancaran jenama dan produk keluarannya, glossing detangler.
Memilih LolaVie sebagai jenama, rangkaian penjagaan rambutnya disahkan vegan dan bebas daripada kekejaman terhadap haiwan. Pelakon itu terlibat dalam keseluruhan proses penghasilan daripada perkembangan produk sehingga arahan seni.