LolaVie memberi fokus pada kandungan semula jadi. Penyembur rambut keluarannya diperbuat darpada bahan-bahan seperti chia seed, lemon dan seramida tumbuhan. Ia juga bebas silikon, paraben, sulfat, ftalat, gluten dan bahan pengawet.
Penggunaan esen buluh akan membantu mengurangkan penggunaan air untuk “melindungi sumber planet yang paling berharga,” menurut siaran media.
Produk pertama LolaVie adalah semburan yang dikatakan mampu mengatasi rambut kusut, menambah kilauan dan melindungi daripada kerosakan. Ia didatangkan dalam botol putih dan dijual pada harga RM104.