Jennifer mencetus spekulasi minggu lalu apabila memuat naik satu hantaran di Instagram dengan kapsyen ringkas, “Something’s coming” dan meletakkan tag pada akaun LolaVie.
Tanda dagang yang difailkan di bawah nama LolaVie merangkumi “persediaan tanpa perubatan untuk penjagaan kulit, rambut, kuku dan tubuh; gel mandian; deodoran untuk kegunaan peribadi dan losen”.
Akaun Instagram jenama tersebut berkongsi beberapa butiran lanjut, dan hantaran pertamanya adalah foto rebung di dalam balang kaca yang dimuat naik pada 2 September.
Jennifer cukup sinonim dengan gaya rambut berlapis pada musim awal siri Friends. Dicipta oleh jurudandan Chris McMillan, gaya ‘The Rachel’ menjadi simbol kecantikan tahun 90-an dan diberi nama sempena wataknya dalam sitkom itu, Rachel Green.
Foto: Getty Images
Baca: Scarlett Johansson Bakal Tampil Dengan Jenama Kecantikan Sendiri