Bintang sensasi, Jennifer Lopez akhirnya melancarkan label penjagaan kulit sendiri dan dinamakan sebagai Jlo Beauty. Khabar itu dikongsikan Jennifer Lopez sejak Ogos lagi sebenarnya tapi hanya lewat kebelakangan ini dia semakin kerap memuat naik teaser di akaun Instagramnya.
Perkongsian Jennifer Lopez atau lebih dikenali dengan singkatan Jlo itu mengakhiri teka-teki peminat yang rata-ratanya menjangkakan dia bakal muncul dengan koleksi alat solek, namun ternyata telahan mereka salah. Jennifer mengikut jejak rakan seangkatannya seperti Rihanna, Selena Gomez dan terbaru Pharell Williams untuk memiliki jenama penjagaan kulit sendiri.
Berpandukan perkongsian Jennifer di Instagram, produknya itu akan boleh dimiliki bermula pada 1 Januari 2021. Di akaun Instagram @jlobeauty pula sudah dimuat naik satu teaser yang mana video pendek itu menyaksikan botol berwarna emas berpusing-pusing tanpa sebarang info yang jelas tentang produk tersebut. Sama ada ia serum, krim pelembap atau krim untuk memerangkan kulit masih tiada pembayang yang jelas. Jennifer sebelum pernah melancarkan harumannya sendiri berserta beberapa kolaborasi mekap bersama jenama mekap Inglot.
Klik: Kerana Gambar Instagram Jlo Disaman.
Dalam pada itu, semalam Jennifer berkongsi cover art single terbarunya In The Morning yang dijadual dilancarkan hari ini. Jennifer dilihat berbogel untuk cover tersebut yang mana fotonya dirakamkan oleh jurugambar terkenal Mertalas dan Macpiggot. Berbogel bukanlah satu perkara baru bagi penyanyi yang sudah menjangkau 50 tahun usianya ini. Mungkin dengan cara berbogel akan menyakinkan wanita-wanita di seluruh dunia untuk membeli produknya. Mungkin dalam hatinya berkata, “Girl, look at me. Age is just a number.”