Menurut portal Good Morning America, rangkaian terbaharu itu telah dibangunkan sejak beberapa dekad lalu dan diilhamkan oleh mantra kecantikan penyanyi itu, “The Five S’s” iaitu sleep (tidur), sunscreen (tabir suria), serum, supplements (makanan tambahan) dan Sano.
Sano adalah frasa bahasa Sepanyol yang membawa maksud ‘sihat’ atau menjalani kehidupan yang sihat dan waras.
“Bagi Jennifer, ia bermaksud mengamalkan pemakanan sihat, bersenam, minum air yang banyak, serta tidak merokok dan mengambil alkohol,” seperti yang tertera di laman sesawang JLo Beauty.
Baca: Jennifer Lopez Dituduh Guna ‘Berjuta’ Filter Untuk Jual Produk Kecantikan