Seindah solekan wajah, rambut didandan rapi dengan gaya pilihan menyerlahkan penampilan pada hari lebaran ini. Jom kita ikuti gaya rambut daripada haisrtylist profesional!
Selain bersolek, dandanan rambut buat lebaran ini juga pastinya akan menambahkan seri di pagi raya. EH! kongsikan tip daripada hairstylist profesional yang boleh anda cuba.
CK LIOW
Dandanan rambut daripada CK ini benar-benar menjerit gaya klasik! Disanggul kemas dengan rambut belah tepi bersama alunan, menyuntik sentuhan glamor pada gaya ini.
Sesuai untuk anda yang ingin menggayakan tema klasik seperti baju kurung songket mahupun kebaya di pagi raya!
CODY CHUA
Rambut tocang dandanan Cody Chua ini disisir kemas belahan tengah, serapi-rapinya dengan ikatan yang ketat dan digel untuk melekapkan rambut itu.
Pada bahagian lepas ikatan, rambut dibahagikan kepada tiga bahagian dan mula membuat tocang halus sehingga hujung rambut.
Gaya rambut ini sesuai jika anda padankan dengan busana minimalis, masih kelihatan menonjol pada bahagian rambut. Dandanan rambut ini agak mencabar, pastikan anda bersiap awal agar tidak tergesa-gesa!
KAH YEAN NG
Bagi penggemar fesyen ‘coquette‘, inilah masanya untuk anda serlahkan gaya riben pada pagi raya! Rambut tocang dandanan Kah Yean Ng ini diikat rapi dibawakan ke belakang. Setelah itu, tambahkan saja riben mengikut celah-celah ikatan tocang itu.
Gaya ini juga agak mencabar, jika tidak mahir cuba teknik ini beberapa hari sebelum lebaran agar mood raya tidak bertukar dek gaya rambut ini.
JUNO KO
Gaya rambut dandanan Juno ini terkenal dalam golongan wanita yang berambut panjang. Rambut ini dibahagiakan kepada dua bahagian di mana bahagian atas diikat sanggul dan bahagian bawah dilepaskan serta dialunkan untuk memeberi efek volume pada rambut.
Gaya rambut ini kelihatan minimalis, tetapi menyuntik vibes gadis melayu terakhir!
YUSOF RUZAIMI
Gaya low ponytail dandanan Yusof ini membuatkan anda kelihatan kemas dan malar segar pada pagi raya. Cabarannya pasti untuk memastikan semua rambut turut ‘melekap’. Solusinya, produk penggayaan yang tepat seperti gel, wax atau hair spray sangat membantu.