EH! berganding bahu bersama jenama kecantikan, Kiehl’s membawakan sebuah pengalaman penjagaan kulit eksklusif bersama Sweet Qismina, khas buat pembaca setia EH! 28 Februari ini untuk bantu anda tampil lebih berseri dan yakin menjelang Syawal.
Kolaborasi ini bukan sekadar acara biasa, tetapi sebuah sesi intim yang menghimpunkan pembaca bertuah EH! dalam suasana yang lebih dekat. Para peserta akan dibawa menyelami rahsia penjagaan kulit berasaskan rangkaian produk ikonik Kiehl’s, daripada memahami keperluan kulit sehinggalah membina rutin yang benar-benar berkesan.
Lebih menarik, sesi berdurasi dua jam ini turut menampilkan selebriti popular Sweet Qismina yang akan berkongsi tip kecantikan serta rutin penjagaan kulit pilihannya. Kehadirannya memberi inspirasi kepada tetamu yang hadir dan menjadikan sesi ini lebih eksklusif, santai dan interaktif. Peserta bukan sahaja dapat belajar, malah berpeluang merasai sendiri pengalaman kecantikan yang lebih menyeluruh.
Bertemakan Glow Onz, Raya Onz, acara ini menjanjikan pengalaman yang bukan sahaja informatif, malah menyeronokkan. Setiap peserta akan menerima cenderahati eksklusif bernilai RM150 sebagai tanda penghargaan. Dengan yuran penyertaan serendah RM15 seorang atau RM25 untuk sepasang, ia adalah peluang keemasan untuk menikmati sesi kecantikan premium dalam suasana yang lebih intimate. Tempat adalah terhad, jadi daftar segera dan alami sendiri pengalaman istimewa bersama EH! dan Kiehl’s.
Butiran penuh adalah seperti berikut:
Terma & Syarat
- Lengkapkan butiran anda dan klik ‘Sertai Kami!’.
- Hanya 20 pembaca EH! bertuah yang terpilih akan dihubungi dan bayaran perlu dibuat dalam tempoh 48 jam.
- Penyertaan ini terbuka kepada semua wanita warga Malaysia yang berumur antara 18-44 tahun sahaja.
- Pihak EH! dan penaja berhak untuk menerbit dan memaparkan nama dan gambar peserta untuk tujuan promosi dan publisiti.
Isi maklumat anda di bawah untuk menyertai masterclass EH! x Kiehl’s
Artikel Berkaitan: Serum Retinol Terbaik, Kiehl’s Retinol Skin-Renewing Daily Micro-Dose Serum


