EH! bersama jenama penjagaan kulit global, The Ordinary bakal bawakan sebuah pengalaman kecantikan eksklusif khas buat pembaca setia EH! di A Place Where by APW, Bangsar pada 1 Ogos ini!
Dunia kecantikan terus berevolusi, namun ada peluang yang hadir hanya sekali dalam seumur hidup. Buat pertama kalinya, EH! menjalin kolaborasi bersama jenama penjagaan kulit global, The Ordinary, dalam sebuah sesi eksklusif yang bakal membongkar rahsia penjagaan kulit berasaskan sains bersama pakar kecantikan serta rangkaian produk ikonik The Ordinary.
Bertempat di A Place Where by APW, Bangsar, acara eksklusif ini akan berlangsung pada 1 Ogos 2025, menghimpunkan suasana yang intim, elegan dan sarat dengan inspirasi khas buat 20 pembaca bertuah EH! yang terpilih.
Acara eksklusif ini memberikan peluang istimewa kepada para pencinta kecantikan untuk menyelami dengan lebih mendalam ilmu penjagaan kulit mengikut usia, khususnya melalui penggunaan bahan aktif seperti peptida dan retinoid dalam suasana yang lebih intim dan peribadi. Sesi berdurasi selama satu jam ini akan dipimpin oleh pakar profesional berpengalaman, yang akan membimbing peserta secara peribadi, dari teknik penjagaan wajah yang hinggalah kepada pemilihan produk yang sesuai dengan kondisi kulit masing-masing.
Lebih istimewa, setiap peserta akan menerima cenderahati eksklusif bernilai RM210 sebagai tanda kenangan daripada pengalaman istimewa ini. Dengan yuran penyertaan serendah RM30 seorang atau RM50 untuk sepasang, sesi ini bukan sahaja menawarkan pengalaman luar biasa, malah menjanjikan suasana yang lebih peribadi.
Jangan lepaskan peluang ini dan daftar segera untuk alami pengalaman kecantikan eksklusif bersama EH! dan The Ordinary
Butiran penuh adalah seperti berikut:
Terma & Syarat
- Lengkapkan butiran anda dan klik ‘Sertai Kami!’.
- Hanya 20 pembaca EH! bertuah yang terpilih akan dihubungi dan bayaran perlu dibuat dalam tempoh 48 jam.
- Penyertaan ini terbuka kepada semua wanita warga Malaysia yang berumur antara 18-44 tahun sahaja.
- Pihak EH! dan penaja berhak untuk menerbit dan memaparkan nama dan gambar peserta untuk tujuan promosi dan publisiti.
Isi maklumat anda di bawah untuk menyertai bengkel cantik EH! x The Ordinary
Artikel Berkaitan: Top 5 Serum Pilihan EH! Untuk Masalah Pori Besar