Dari fesyen rambut aktres, Audrey Hepburn hingga Lisa Blackpink, potongan gaya rambut ‘Bangs’ selalu menjadi ikutan anak muda kini.
Rambut ‘Bangs’ selebriti Korea ini antara gaya rambut ikutan paling berpengaruh dan impak yang besar untuk diikuti. Dari Curtain Bangs, Baby Bangs dan Layered Bangs, sebenarnya gaya ‘Bangs’ini telah popular sejak tahun 1950-an dimana ia sering digayakan oleh pelakon ikonik, Audrey Hepburn.
Idola K-Pop kerap menukar penampilan mereka, daripada gaya rambut panjang hingga kepada warna yang berbeza dan perubahan gaya solek yang unik. Penampilan yang dihidangkan oleh mereka ini sering menjadi mata carian untuk peminat ikuti dengan perkembangan fesyen terkini.
Begitulah lumrahnya. Bintang K-Pop sentiasa menjadi inspirasi memulakan aliran fesyen terkini.
Ada tika idola K-Pop sanggup keluar dari zon selesa mereka dengan mencuba sesuatu yang baru, terutamanya apabila ia berkaitan dengan rambut. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, saya lihat idola K-Pop sering menggayakan trend rambut ‘Bangs’ yang pelbagai. Apapun, mari semak trend gaya rambut ‘Bangs’ yang digayakan oleh selebriti Korea K-Pop ini!