1. Hyein NewJeans
NewJeans memulakan kerjaya mereka dengan ekspresi unik dimana ‘kembar’ 5 gadis dipadan sama berambut gelap, panjang, lurus dan ‘Bangs’. Selain itu, mereka kerap bereksperimen dengan gaya rambut yang funky, warna rambut yang segar dan unik. Penampilan debut pertama mereka ini berjaya mencuri perhatian peminat dan media. Antara ahli NewJeans yang sesuai dengan gaya rambut ‘Bangs’, Maknae Hyein yang menyukai potongan ‘Baby Bangs’ dan ‘Curtain Bangs’. Kedua gaya ini membuatkan dia kelihatan seperti patung manusia hidup!