Bermula daripada trend di Tik Tok hingga menjadi ikutan Ariana Grande untuk klip video baru-baru ini. Gelaran baby braids atau tendril braids cetus ilham cool chic!
Dandanan rambut paling mudah dan cepat, terutama ketika berada di rumah dan perlu hadir ke zoom meeting! Tidak memerlukan alatan rambut atau produk pengayaan rambut untuk melakukannya. Trend tendril braids atau tocang anak rambut ini cukup digemari ketika era 90-an. Hujung anak rambut pada bahagian depan akan dibelah sama rata untuk membuat ikatan tocang halus sekata. Terpulang bagaimana cara anda stail kerana ada juga tampak seperti mood boho 70-an.
Sejak kebelakangan ini trend tendril braids mula menyerang laman media sosial Tik Tok dan evolusi ini semakin rancak, mulalah ramai mencubanya di rumah. Yelah, salun kecantikan masih lagi tidak beroperasi! Makin lama ramai makin kreatif di rumah. Pelbagai ilham Tendril Braids direka dan antara yang menarik perhatian EH! Tocang halus ini dihiasi dengan aksesori rambut halus, ada yang menggunakan anting-anting halus dan juga belly button rings. Lebih menarik elemennya, lebih cool chic!
Ramai juga selebriti terkenal dan juga beauty influencer mula tampil dengan ilham rambut Tendril Braids. Penyanyi terkenal Ariana Grande turut tidak ketinggalan mengikuti trend ini. Dia yang sangat terkenal dengan sleek-high ponytail turut tambah elemen ini sebagai penyeri wajahnya kala beraksi untuk klip video terbarunya. EH! Bariskan selebriti, supermodel dan beauty influencer yang gayakan trend Tendril Braids dengan penuh kreativiti.
ARIANA GRANDE