Juno Ko, bukan calang-calang pendandan rambut selebriti. Kemahiran yang dimilikinya membawanya merentas dunia, menjadi pilihan banyak penerbitan dan juga selebriti antarabangsa termasuklah Tilda Swinton yang sudah beberapa kali menggunakan khidmat seni dandanan Juno Ko.
Di kalangan selebriti Malaysia, Juno Ko sering saja menjadi pilihan selebriti kelas satu seperti Dayang Nurfaizah, Scha Alyahya dan ramai lagi. Hasil dandanannya menghiasi muka depan majalah, lembar editorial di dalam majalah lokal dan juga antarabangsa. EH! Sendiri seringkali mendapatkan khidmat Juno untuk penggambaran sejak 10 tahun dulu.
Bulan ini, buat pertama kalinya Juno akan menganjurkan ‘masterclass’ dandanan rambut yang dibuka kepada semua. Anda hanya perlu mendaftar (dan melakukan pembayaran), dan anda berpeluang mempelajari teknik dandanan secara eksklusif selama dua hari. Istimewa buat pembaca EH!, kami dapatkan lima produk yang menjadi obsesi Juno Ko ketika ini. Boleh dikatakan inilah ‘must-haves’ dalam kit dandanannya.
OUAI LEAVE IN CONDITIONER
“Saya suka gunakan leave-in conditioner ini sebelum saya blow dry rambut. Ia membuat tekstur rambut lebih lembut dan nampak lebih bersinar.”
OUAI THICKENING SPRAY
“Saya memang suka rangkaian OUAI dan salah satu produk yang setia saya gunakan sejak dulu ialah Thickening Spray ini. Ia membuat rambut nampak lebih lebat dan tebal.”
OSIS+ HOLD FREEZE
“Ini memang favourite ramai celebrity hairstylist, termasuk saya.”
TRESSEMEM LA MELLAR GLOSS, SHINE SPRAY
“Kalau mahu efek rambut berkilat tapi tidak keras, saya cadangkan guna semburan ini. Ia membuat rambut nampak berkilat semula jadi.”
DYSON SUPERSONIC TRAVEL
“Pengering rambut kesukaan saya, dan terbaru Dyson Supersonic Travel, lebih mudah dan amatlah praktikal. Mengeringkan tanpa merosakkan.”
Dapatkannya di pautan INI!






