Adam De Cruz, jurusolek dari Malaysia dipilih merias wajah Rosamund Pike untuk momen bersejarahnya memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Golden Globes. EH! menemubual Adam, berkongsi momennya menata rias wajah bekas Bond Girl itu.
Rosamund Pike namanya kembali tular semenjak I Care A Lot ditayangkan di Netflix. Dan aksi hebatnya di dalam cereka itu telah menghadiahkannya trofi Pelakon Wanita Terbaik (Muzikal & Komedi) di Golden Globes beberapa hari lepas. Kemunculannya bergaun merah Molly Goddard dikongsikan di banyak saluran media termasuklah di majalah Vogue. Tapi tahukah anda siapa yang menyolekkan wajahnya? Pastinya saya gembira apabila mendapat tahu jurusolek dari Malaysia, Adam De Cruz yang merias wajah bintang berusia 42 tahun itu. “Who knew that makeup as subtle, light and modern as this could be taught remotely. Your techniques are ????. Thank you for sharing so much of your insight and talent,” tulis Rosamund Pike sendiri di akaun Instagram @adamdecruz
Saya mula mengenali Adam menerusi Instagram lebih kurang tujuh tahun dahulu. Jurusolek Khir Khalid yang memperkenalkan saya akaun Instagram Adam, dan dari situ saya melihat hasil kerjanya. Saya juga sempat bertemu Adam sewaktu kunjungan saya ke London pada tahun 2016, dan waktu itu Adam bawa saya berbuka puasa.
Adam dilahirkan di Singapura dan membesar di Kuching. Ayahnya orang Singapura dan ibunya dari Johor. “Ibu yang mahu saya membesar di Malaysia. All my earliest memories was already from when I was in Malaysia. I identify as Malaysian. Saya membesar di Kuching dan dihantar bersekolah di United Kingdom sewaktu saya berusia 15 tahun. I ran away and never came back.” Sewaktu dia di London, kedua ibu bapanya berpindah ke Kuala Lumpur dari Kuching. Kini ibunya menetap di Melaka. Selain aktif melebarkan kerjayanya sebagai jurusolek profesional, dia juga punya jenama kecantikannya sendiri, A.D.C Beauty (www.adcbeauty.com), dan produknya menjadi kegemaran orang industri, termasuklah jurusolek selebriti di Malaysia.
Jika melintasi muat naik di Instagramnya anda akan lihat hasil kerjanya yang cukup hebat. Dia sudah banyak merias wajah-wajah ternama termasuklah supermodel seperti Cindy Crawford, Erin Oconnor, David Gandy, Jon Kortajarena dan ramai lagi. Hasil kerjanya juga menghiasi banyak halaman majalah terkenal (juga muka depan) termasuklah Vogue, Wonderland, Lofficiel dan beberapa lagi penerbitan ternama. Saya menghubungi Adam untuk mendapatkan cerita eksklusif tentang pengalamannya menyolek Rosamund Pike. Ikuti temubual saya dengannya.
Sudah berapa lama Adam bergelar jurusolek di London?
Rasanya sudah lebih 20 tahun saya bergerak sendiri sebagai jurusolek di sini. Sebelum itu saya menjadi pembantu dan bersama show team selama lima tahun. Di London anda perlu bermula sebagai pembantu sebelum melebarkan kerjaya anda sendiri.
Boleh kongsikan momen atau pengalaman menarik sepanjang terlibat dalam industri kecantikan?
Bekerja untuk pertunjukan fesyen di Paris sewaktu mula-mula terlibat dalam bidang ini antara yang paling menyeronokan. Melihat supermodel berkumpul dalam satu tempat dan mereka betul-betul duduk di sebelah saya pastinya bagaikan satu mimpi. Dan tanpa saya sedar yang saya berpeluang bekerja dan merias wajah mereka beberapa tahun kemudian.
Artikel Berkaitan: Golden Globes, Siapa Solek Siapa?
Adakah ini kali pertama Adam menyolek Rosamund Pike?
Ya, ini adalah kali pertama saya bekerja dengannya.
Rasa gemuruh?
Oh tidak! Saya telah diperkenalkan oleh pendandan rambutnya (Anthony Keast). Dia membuat saya betul-betul selesa, and was an absolute DREAM!
Boleh kongsikan fokus solekan yang Adam ciptakan untuk Rosamund Pike?
The focus was to capture who really she is. Seperti kita tahu acara ini berlangsung secara virtual jadi cara penganjuran dan kita bekerja juga berbeza. Tiada momen karpet merah. Everything was stripped back and very close up. Jadi saya rasa sangat penting untuk menonjolkan identiti sebenar Rosamund. Semuanya harus nampak natural dan membuatkan dirinya menyerlah tanpa perlu nampak terlalu bersolek. It was all about fresh gorgeous juicy skin. Semuanya fokus untuk membuatkan dia menyerlah dan berseri-seri. Polos dan mewah.
Boleh kongsikan sebahagian produk yang Adam gunakan sewaktu menyolek Rosamund Pike?
Saya mulakan dengan mengurut wajahnya dengan ADC01 dari ADC Beauty sebagai asas untuk mendapatkan keserian (glow) dari dalam. Saya gunakan sedikit sahaja Armani Beauty Luminous Silk Foundation yang ditekap lembut pada wajahnya selepas dihangatkan pada tangannya sendiri (ini salah satu trik yang bagus ya).
Boleh kongsikan pengalaman sepanjang bekerja dengannya?
An absolute dream!
Ceritakan sedikit tentang jenama kecantikan Adam sendiri, A.D.C Beauty
A.D.C Beauty adalah satu jenama semula jadi yang dikemudi oleh sains bersama tumbuhan aktif yang benar-benar berkesan (THAT REALLY WORK). We believe that it is possible to keep products to a minimum by putting the purest ingredients that are incredibly potent. Ia digunakan secara meluas di dalam industri termasuklah di Malaysia, dan ini membuatkan saya sangat gembira. Kami tanam sebahagian bahan-bahan di Ireland dan saya memetik rumpai laut (sea weed) sendiri. Saya tahu setiap satu bahan yang dimasukkan ke dalam bekas dan botol produk kami, you really should try it!
Apa langkah atau perancangan A.D.C Beauty seterusnya.
Ketika ini kami dalam peringkat menghasilkan prototaip untuk pencuci wajah yang dijangka akan dilancarkan dalam tahun ini juga. Kami berharap mempunyai rangkaian penjagaan kulit yang lengkap- untuk wajah dan badan juga.
Artikel Berkaitan: Kenali Lebih Dekat Adam De Cruz
.