Setiap jurusolek terkenal pasti ada beberapa produk yang wajib ada dalam bagasi solekan mereka, dan EH! Sempat ‘menyelongkar’ beg mekap Bong dan meminta dia kongsikan sembilan produk yang dikategorikan wajib ada ketika ini.
Sisley Phyto-Lèvres Perfect
“Saya selalu gunakan pensel bibir sebagai base sebelum menyapu gincu kerana bagi saya ia membuatkan gincu tahan lebih lama. Saya sukakan pensel bibir dari Sisley ini kerana teksturnya mudah diluncurkan pada bibir.” Phyto-Lèvres Perfect, RM270. Boleh dapatkan di pautan INI!
Clarins Double Serum
Menurut Bong dia sukakan serum ini untuk langkah menyediakan kulit sebelum bersolek. Baginya serum ini bukan sahaja melembapkan kulit malah membuatkan wajah berseri-seri.
Clarins Double Serum, RM510 (50ml). Klik SINI untuk pembelian dalam talian.
Hourglass Ambient Soft Glow Foundation
Ini merupakan salah satu bedak asas kesukaan Bong yang mana dia selalu gunakan jika mahu solekan yang lebih ringkas dan ringan, efek solekan yang lebih semula jadi.
Ambient Soft Glow Foundation, RM319. Boleh klik pautan INI untuk membeli.
Shu Uemura Advanced Unlimited Breathable Lasting Foundation
Kata Bong bedak asas ini antara bedak asas yang memberikan good coverage. “Jika saya nak solekan yang lebih tebal atau kondisi kulit klien yang memerlukan ekstra litupan, saya akan gunakan yang ini,” kongsinya.
RM230 sebotol. Klik SINI untuk informasi lanjut.
Sephora Collection 12H Retractable Waterproof Eyeliner
Antara sebab utama mengapa Bong sukakan penggaris mata ini ialah ia kalis air. “Super waterproof,” katanya. Penggaris mata ini tahan lama, menangis pun takkan tanggal, tak sememeh dan non-transfer.
RM58, boleh klik di SINI!
Bobbi Brown Skin Corrector Stick
“Bila menyolek orang saya pastikan saya gunakan colour corrector kerana ia penting untuk menghasilkan asas solekan yang lebih rata.” Menurutnya colour corrector dari Bobbi Brown ini antara yang terbaik dan sudah lama menjadi pilihannya.
Klik pautan INI untuk informasi lanjut.
Dior Forever Skin Correct
Ini memang favourite saya juga. Litupan yang sempurna dan paling penting tidak cakey menurut Bong. Saya perasan ramai jurusolek selebriti yang gemarkan sahap noda ini.
Boleh dapatkan di SINI , RM205 setiap satu.
YSL Make Me Blush Bold Blurring Blush
“Saya lebih suka menggunakan pemerah pipi dalam bentuk krim kerana ia berikan efek yang lebih natural. Wajah nampak lebih glowing jika dibandingkan dengan pemerah pipi jenis bedak atau kompak.”
Boleh dapatkan pada harga RM250 di SINI!
Givenchy L’Interdit Volumizing & Lengthening Mascara
Menurut Bong salah satu yang membuatkan dia jatuh cinta dengan maskara ini ialah hujung berusnya yang runcing, membuatkan bulu mata yang pendek atau panjang boleh tampak melentik.
Dapatkan maskara ini di Sephora, RM170 sebatang. Bolek klik SINI!
BACA: Walaupun Menangis, Solekan Ernie Zakri Kekal Cantik, Sahir Sabri Kongsi Rahsianya