Peratusan penghidap barah payudara mencanak naik pada pertengahan tahun 2000-an dan dekad kebelakangan ini ramai penghidapnya adalah wanita di bawah usia 50 tahun.
Tiba saja bulan Oktober bermakna akan terlancarnya bulan memperingati barah payudara atau lebih komersil dengan gelaran reben merah jambu (Pink Ribbon Month). Estee Lauder antara organisasi yang sangat komited dalam menghulurkan bantuan baik dalam kajian perubatan mahupun membantu penghidap barah pembunuh nombor satu wanita di seluruh dunia ini.
Tahun ini Estee Lauder melancarkan kempen bertemakan ‘Breast Care is Self-Care’, sebagai satu mesej untuk menggalakan semua wanita melakukan pemeriksaan payudara mereka dengan kerap dan konsisten. Ini penting sebagai satu langkah pencegahan mahupun pengesanan awal.
Estée Lauder Companies’ Breast Cancer Campaign mula diperkenalkan pada tahun 1992 dan sejak dari itu mereka berjaya mengumpul $131 juta dolar Amerika yang mana digunakan sebagai dana kajian perubatan yang khusus mengkaji pencegahan dan rawatan barah payudara.
“Barah payudara terus menjadi barah lazim di kalanganw anita seluruh dunia. Dan kami akan terus menyokong kajian dalam mencari penawar dan terus berkempen agar lebih ramai yang peka dalam langkah pemeriksaan awal mahupun pencegahan. Saya berbangga dengan usaha yang dijalankan oleh para pekerja di Estee Lauder, pembeli mahupun rakan niaga kami, sama-sama kita bersatu untuk mencapai matlamat yang sama. Selagi barah payudara masih wujud, selama itulah kami akan terus tekad dengan komitmen kami,” kata William P. Lauder, Pengerusi Eksekutif Estee Lauder.
Dalam meraikan bulan kesedaran ini, Estee Lauder bersama beberapa jenama di bawah naungannya seperti Clinique dan Bobbi Brown serta Estee Lauder sendiri muncul dengan edisi istimewa khususnya produk ikonik mereka. Hasil jualan ini akan disalurkan kepada yayasan yang mereka asaskan. Malah dua produk Estee Lauder, bagi setiap pembelian bungkusan istimewa, 100 peratus hasil jualan didermakan terus kepada National Cancer Research Malaysia, Breast Cancer Welfare Association dan juga Cancer Research Malaysia. Kesemua produk ini boleh didapati sehingga Jun 2025 di semua kaunter dan butik jenama yang terlibat.
Klik pautan INI untuk membeli sambil membantu!