Lebih 128 juta orang di seluruh dunia mengenakan kanta lekap. Bukan sahaja kerana masalah penglihatan yang dihadapi, kanta lekap kini dikatakan menjadi salah satu produk kecantikan kerana dipercayai mampu untuk menjadikan seseorang itu jauh lebih menarik.
Gambar: weavereye.com
CARA ATASI MASALAH KULIT PUCAT >>
Sekiranya anda berminat untuk mengenakan kanta lekap untuk menjadi lebih menawan, berikut merupakan beberapa perkara yang perlu anda ambil kira.
1. Pilih warna yang bersesuaian dengan kulit anda. Kadangkala, warna biru, hijau atau mungkin ungu tidak sesuai untuk orang Asia. Anda boleh memilih warna seperti kelabu atau hazel yang sangat sesuai untuk orang Asia.
2. Pilih kanta lekap yang menggabungkan 2 sehingga 3 warna kerana ia boleh menampakkan warnanya jauh lebih natural.
3. Ada sesetengah kanta lekap yang berfungsi untuk menampakkan mata anda lebih besar. Tetapi jangan terlalu keterlaluan dengan memilih diameter lensa yang terlalu besar kerana ia akan membuatkan anda nampak pelik.
RAHSIA KULIT CANTIK ERRA FAZIRA >>
4. Sekiranya anda tidak mempunyai masalah penglihatan tetapi memilih untuk cantik dengan menggunakan kanta lekap, pastikan anda menjaga kebersihan kanta lekap dengan betul kerana bimbang jangkitan pada mata boleh merosakkan penglihatan anda.
5. Untuk tampak lebih semula jadi, pilih kanta yang tidak mempunyai lingkaran gelap di bahagian luar.
6. Kami tidak menggalakkan anda terus membeli kanta lekap tanpa mencubanya kerana warna yang anda lihat di dalam gambar tidak akan sama dengan warna sebenar setelah anda mengenakannya.