YSL Beauty menambah satu lagi edisi untuk rangkaian bedak asas ikoniknya, All Hours dengan memperkenalkan All Hours Glow Foundation. EH! dapatkan reviu jujur dari enam jurusolek selebriti tersohor tentang bedak asas ini.
Bedak asas ini menemukan solekan couture dengan kepakaran sains menjadikan ia sebuah bedak asas yang teradun mesra dengan inovasi serum dan solekan yang berseri-seri. All Hours Glow Foundation dibangunkan dengan formula yang mampu menyerupai kompleksi kulit sekaligus memberi efek kulit yang bebas cela dengan kemasan yang nampak segar, semula jadi dan juga tahan lama. Bedak asas ini datang dalam 40 warna yang pastinya ada satu yang sepadan dengan ton kulit anda.
Menariknya lagi, bedak asas ini mengandungi ekstrak kelopak bunga melati yang dipetik dari Ourika Community Gardens milik YSL Beauty sendiri. Ekstrak ini menjadikan kulit lebih bercahaya, halus dan anjal. Formula ini menjadikan All Hours Glow Foundation bukan sekadar bedak asas menutup cela tetapi tak ubah seperti serum yang membelai kulit.
APA KATA CELEBRITY MAKEUP ARTIST TENTANG FOUNDATION INI?
Khir Khalid, yang juga jurusolek pilihan ramai selebriti berpendapat dia sukakan teksturnya yang ringan. “Saya sukakan versi yang baharu ini kerana ia sangat-sangat ringan dan ia full coverage.”
“Saya sukakan bagaimana bedak asas ini glide on skin. Kemasannya masih kekal dewy tapi still good coverage. Kemasannya flawless seolah-olah tidak memakai foundation yang tebal. Bukankah itu yang kita inginkan?,” kongsi Syed Faizal yang sering saja menjadi jurusolek ratu sehari.
Bosco Ryzal yang memang terkenal dengan gaya solekan bold turut berkongsi pengalamannya menggunakan bedak asas ini. “Hari itu saya gunakan foundation ini untuk my bride, kami mula bersolek seawal jam empat pagi dan solekan kekal kemas sampai ke jam enam petang. Base solekan tidak ‘crack’ walaupun dia menangis. Ia berikan seamless effect glowy, dan saya suka bedak asas ini kerana ia very buildable. Kulit nampak lembap dan tidak berbedak,” kongsinya.
“Saya sukakan All Hours Foundation sebab ia tahan lama, dan sangat buildable, medium to full coverage. Untuk yang baharu, yang glow ia ada skin finish effect yang buat kulit nampak glowy,” kata Ady Razak yang memang dikenali dengan gaya riasan yang natural.
“Lagi satu foundation ini tak perlukan setting powder yang banyak, hanya bahagian tertentu sahaja seperti bahagian yang banyak crease. Ia tak perlu banyak bedak untuk lock solekan,” tambah Ady lagi.
Jurusolek favourite Ernie Zakri dan Aina Abdul, Sahir Sabri pula berpendapat bedak asas ini buat kulit nampak glowing. “Bagi saya foundation ini sangat sesuai untuk aplikasi harian kerana ia sangat chic seperti namanya, All Hours Glow. Ia buat kulit nampak radiant, bercahaya dan glowing sepanjang hari.”
“Seperti namanya All Hours, begitu juga efeknya yang tahan lama. Ia juga membuat kulit lembap dengan kemasan healthy glow skin, dan ia tak buat kulit nampak greasy,” kongsi Ahma Dani yang amat dikenali dengan asas solekan polos semula jadi.
Klik pautan YSL Beauty untuk melihat tawaran warna daripada All Hours Glow Foundation, atau ke butik YSL Beauty berdekatan, RM290 sebotol.