Makeup 90-an dan Y2K kembali menjadi pilihan dalam dunia kecantikan. Intip bagaimana trend nostalgia ini kembali popular dengan sentuhan yang lebih moden.
Bila kita imbas kembali filem-filem popular era 90-an, makeup pada masa itu nampak lebih sederhana tetapi kelihatan sangat chic. Dark lip, epembayang mata rona lembut dan kemasan pusam menjadi pilihan, dengan bahagian mata lebih minimal supaya bibir menjadi fokus utama.
Tapi kalau zaman MTV atau Astro Hitz dulu, jurusolek memang antara salah satu punca yang selalu buat kita pandang dua kali. Disebabkan pembayang frosty berkilau, lip gloss glittery dan kulit yang sentiasa bronze menjadi cukup sinonim dengan era Y2K
Gaya solekan yang dulu selalu kita nampak di kaca TV dan filem kini kembali popular. Jom, EH! intai semula beberapa trend makeup ikonik yang kembali menjadi pilihan.
90-an vs Y2K: Apa Bezanya?

Walaupun nampak macam lebih kurang sama, makeup 90-an dan Y2K sebenarnya mempunyai karakter yang berbeza. Kalau tengok selebriti seperti Jennifer Aniston, makeup 90-an banyak bermain dengan look yang natural, polished dan kemas.

Tapi pada masa yang sama, ada juga sisi 90-an yang lebih bold dan garang seperti Pamela Anderson, yang cukup sinonim dengan kening nipis, lip liner gelap, bibir nude dan solekan mata yang lebih dramatik.
Bila masuk awal 2000-an pula, semuanya mula nampak lebih fun dan playful. Y2K cukup sinonim dengan glossy lips, frosted eyeshadow, shimmer dan warna-warna pastel yang bagi efek lebih youthful.

Britney Spears antara nama yang cukup sinonim dengan gaya Y2K. Beauty look-nya sering menampilkan bibir berkilat dan nude manakala tone kulit yang bronzed dan solekan mata dengan sedikit shimmer untuk memberikan look yang lebih fresh dan youthful.

Christina Aguilera pula lebih gemar bermain dengan warna dalam look-nya, terutama melalui rona peachy pink pada bibir dan eyeshadow yang lebih obvious dan shimmery. Gaya ini cukup menggambarkan sisi Y2K yang shiny, colourful dan experimental.
Trend Lama, Cara Baharu
Bila trend 90-an dan Y2K kembali, tidak semestinya kita harus ikut seratus peratus makeup dari zaman itu, mungkin kita boleh modified sedikit look mengikut keselesaan diri dan cara memakai makeup sekarang.
Contohnya, brown lip liner yang dulu nampak lebih pekat dan kontras kini boleh diblend dengan lipstick supaya tidak kelihatan terlalu harsh. Frosted eyeshadow pula tak semestinya dipakai satu kelopak penuh seperti gaya Y2K dulu.
Kalau kita masih mahukan vibe 90-an dan Y2K, tak semestinya kita perlu kelihatan seperti baru keluar dari video muzik tahun 1999. Trend lama tetap boleh menjadi inspirasi, cuma kali ini kita boleh mengolah semula mengikut gaya dan cita rasa sendiri
Media Sosial Menghidupkan Semula Solekan 90-an dan Y2K
Media sosial memberi ruang kepada generasi muda untuk menemui semula trend kecantikan yang pernah popular pada zaman 90-an dan 2000-an.
Tutorial makeup, video GRWM yang membawa unsur nostalgia membuatkan gaya tersebut lebih mudah dicuba, dikongsi dan kembali mendapat perhatian.
@geenahunt How to get the classic 90s look… 90s makeup tutorial! Kate Winslet, Alicia Silverstone, & Drew Barrymore inspired! #makeuptutorial #90smakeup
♬ original sound – lyrics
Algoritma tentang trend ini akan bergerak lebih pantas apabila kandungan berkaitan terus muncul kepada pengguna yang mempunyai minat sama.
Akhirnya, beauty look yang pernah ditinggalkan boleh muncul semula bila kita ada akses luas ke media sosial, buatkan trend lama kembali menarik untuk dicuba.
Selebriti Bawa Nostalgia ke Karpet Merah
Trend lama tetap relevan kerana selebriti sekarang masih menggayakan elemen tersebut dalam penampilan mereka.

Contohnya, Olivia Rodrigo sering membawa elemen Y2K ke karpet merah dengan gaya modern grunge yang lebih edgy.
Look matanya menampilkan glittery dan bronzy, kadang-kadang dipadankan dengan rona smoky lembut dan bulu mata yang lebih spiky.
Bibirnya pula menggunakan brown lip liner yang dipadankan dengan rona nude atau pink serta sedikit gloss.
Bukan itu sahaja kulit dibiarkan fresh dan dewy, manakala kening yang disikat ke atas melengkapkan look Y2K yang youthful.

Bella Hadid pula sering membawa kembali estetik supermodel 90-an dengan gaya makeup yang lebih minimal dan classy.
Look matanya menggunakan rona neutral atau coklat gelap, dengan kohl liner yang dibaurkan lembut pada bahagian mata.
Manakala bahagian pipi pula diberi definisi melalui contour dan blush rona peach atau terracotta yang disapu ringan ke arah pelipis.
Untuk bibir, Bella memilih brown-toned lip liner bersama lipstick nude yang lebih lembut, melengkapkan keseluruhan look 90-an.
Mereka tidak meniru gaya lama sepenuhnya, tetapi menggabungkan elemen lama dengan trend kecantikan sekarang.
Hasilnya, makeup nostalgia nampak lebih moden dan mudah diterapkan dalam gaya harian.
