Siapa sini yang ada habit suka picit jerawat? Asal ada waktu senggang pasti tangan akan merayap keseluruh wajah mencari benjolan jerawat untuk dipicit! Kalau itu habit seharian kamu, berhenti lakukannya! Tabiat memicit jerawat ini akan memudaratkan diri kamu sendiri.
Gambar: newbeauty.com
Kamu mungkin tak perasan kotoran pada tangan. Apabila menyentuh wajah, bakteria pada tangan akan menjangkiti wajah. Penyudahnya, akan meninggalkan kesan parut pada wajah dek kerana jerawat yang dipicit.
Jerawat seeloknya dibiarkan kecut dengan sendiri tanpa diganggu. Apabila kamu mengganggu tumbesarannya akan jadi terbantut. Maka akan terjadinya pertumbuhan kerawat yang baru ditempat yang sama.
Jadi mulai hari ini, berhenti dari picit jerawat sendiri ya!