Garam kebiasannya digunakan untuk memasak tetapi tahukah anda garam juga sangat berguna dalam dunia kecantikan? Ibarat mendapatkan rawatan di spa, semuanya boleh dilakukan dirumah sahaja.
Gambar: wanista.com
Skrab Wajah – Campurkan garam dengan minyak zaitun, gosokkan pada wajah. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dari wajah.
Kaki – Rendam kaki dalam air suam yang dicampur dengan garam selama 15 minit. Kemudian gunakan kayu skrab untuk skrab kulit mati pada kaki. Merendam kaki didalam air garam mampu menghindari kaki dari dijangkiti bakteria.
Gigi – Sesekali sesekala, gosok gigi menggunakan campuran garam dan serbuk penaik serta air. Garam akan bertindak sebagai penyah-bakteria manalakala serbuk penaik mampu menghilangkan kotoran pada gigi dan gigi akan jadi putih.