Y.O.U Beauty memperkenalkan siri pre-aging terbaru, Advanced Youth yang diteknologikan dengan Plantide X™ dan ekstrak Yarrow Perancis, membantu melawan penuaan kulit untuk penampilan wajah yang anggun muda.
Kecantikan adalah istilah subjektif gabungan tentang bentuk, warna dan personaliti yang tersendiri pada setiap individu. Satu perkara yang paling diidami tentang ‘Kecantikan’ ini, pastinya memiliki kulit yang mulus seperti bayi dan ruang muka yang muda jelita tanpa sebarang kedutan. Penjagaan muka masa kini mulai dipandang serius dan hasilan produk Y.O.U Beauty menangkap mata setiap pencinta kecantikan hingga ia merangkap Kim Soo Hyun, selebriti dan pelakon Korea Selatan, memilih siri rawatan kulit pre-aging terbaru, Advanced Youth ini sebagai produk kecantikan pilihannya.
Penyelidikan yang berteknologi moden kini, Y.O.U Beauty sekali lagi menghasilkan satu lagi intipati kecantikan buat mereka yang inginkan wajah muda dan jelita tanpa perlu menyolek tebal. Siri kecantikan Advanced Youth ini menggabungkan teknologi Plantide X™ dan Ekstrak Yarrow Perancis, dirumus untuk mencegah penuaan pramatang kulit secara sihat tembus hingga ke dalam.
Apa Itu Plantide & Ekstrak Yarrow Perancis?
Plantide X™ adalah teknologi yang mengabungkan PhytoCodine® dengan M3000 Peptides. PhytoCodine® adalah ekstrak dari Cedar Nut, ia merupakan ramuan pertama yang berasal dari tumbuhan membantu merangsangkan pembaharuan kulit dan mengekalkan penampilan kulit agar tampil muda. Manakala M3000 pula mengandungi peptida messenger, yang merupakan gen proses pembaharuan sel kulit, selain ia juga mengaktifkan kulit baharu lantas mengeluarkan intipati kolagen secara semula jadi menjadikan kulit lebih anjal, halus dan sekata.
Manakala, Ekstrak Yarrow Perancis adalah antioksidan berkesan untuk membantu mengurangkan radikal bebas, membaiki dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baharu untuk menjadikan kulit lebih licin dan kelihatan muda.
Advanced Youth dirumuskan untuk pengguna muda yang hendak mengekalkan kulit mudah dan melawan tanda-tanda pre-aging. Seiring dengan kepadatan kerja dan singkatan waktu, kulit pastinya akan dimamah usia, jadi mulakan langkah anda dengan memiliki enam produk ini meliputi cleanser, essence, serum, eye cream, day & night cream. Kesempurnaan siri ini pastinya melengkapkan gaya hidup kecantikan anda lantas menguasai keanjalan kulit yang kekal abadi.
Bertekstur buih ringan, Advanced Youth Cleanser ini diformulasikan dengan kandungan Salisilik Asid terkapsul bersama tiga Ceramides 1-3-6 dan Ekstrak Alga yang membantu mengelupaskan kulit secara lembut, menutupi liang pori dan menanggalkan kekotoran pada kulit secara semula jadi.
Membantu menguatkan kondisi kulit dan menyokong dinding keanjalan hasil rumusan ramuan yang berkuasa tinggi seperti Bifida Ferment Lysate, Asid Hyaluronik 4D, dan Ekstrak Yarrow Perancis. Bukan itu sahaja, pati ini juga membantu mencerahkan kulit dan menghidrat kulit secara mendalam
Pilihan abadi yang harus dimiliki, Advanced Youth Serum menggabungkan dua kombo eksklusif, Plantide X™ dan Ekstrak Yarrow Perancis, membantu mengurangkan penampilan garis-garis kedutan halus dimuka dan menghidrat kembali kulit serta meratakan kembali tekstur kulit anda seperti muda dahulu.
Rekaan botol mesra berteksturkan gel air ringan ini, memudahkan intipatinya meresap terus ke dalam kulit, tidak melekit dan melembapkan kulit sepanjang hari. Untuk penggunaan yang efektif, sapukan 1-2 titis pada muka bersih anda selepas aplikasi toner. Urut secara perlahan untuk meningkatkan penyerapan yang pantas dan untuk hasil yang optimum, gunakan siri penjagaan kulit Advanced Youth dengan kerap. Selepas 14 hari menggunakan serum ini, kulit akan berasa lebih lembap dan kedutan semakin kurang dan dalam 28 hari, kulit akan kelihatan lebih anjal dan berseri.
Selain serum, produk kedua dalam seris ni yang mesti cuba adalah Advanced Youth Eye Cream. Mata perkara pertama dilihat saat bertemu seseorang, sebab itu mata kenalah kelihatan bersinar dan bernyawa. Rawatkan mata kedut anda bersama Advanced Youth Eye Cream, dirumus dengan kafein, Plantide X™, dan Niacinamide membantu mengurangkan bekas bengkak, lingkaran hitam dan mengurangkan garis kedutan halus. Ini kerana terdapat ceramik massager yang dapat memberikan pengaliran darah lebih lancar pada bahagian bawah mata.
Dalam masa yang sama, kulit pada kawasan mata akan jadi lebih anjal, sangat sesuai untuk anda yang alami masalah mata panda. Berkesan & sangat selesa dan best bila pakai dan mata yang letih hilang dalam masa 2 minggu. Ia juga boleh digunakan untuk mengurut garis senyuman dan garis leher anda.
Advanced Youth Day Cream SPF 15
Tekstur seperti awan, sungguh ringan dan mudah diserap ke dalam kulit. Krim Advanced Youth Day Cream ini diperkaya dengan Plantide X™ yang membantu mengekalkan keanjalan kulit daripada dan mengandungi SPF 15 untuk melindungi kulit dari
sinaran UV. Ia juga mengandungi Ekstrak Yarrow Perancis dengan 5 ekstrak tumbuhan lain untuk membantu menentang radikal kulit. Krim ni juga boleh mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari agar solekan kita lebih tahan lama.
Advanced Youth Night Cream – Soft
Krim malam teksturnya lembut dan tidak melekit, ia juga diperkaya dengan B5, Plantide X™, dan Ekstrak Yarrow Perancis ini melawan tanda-tanda awal penuaan dan membaiki kulit setiap malam secara intensif. Ditambah 6 ekstrak tumbuhan, ia juga membantu merangsang pembaharuan sel kulit baharu dan mengunci kelembapan kulit sepanjang malam. Anda akan rasa muka lebih lembap keesokan harinya.
Jika anda ingin mengekalkan penampilan awet muda dan mengelakkan pra-penuaan, sudah tiba masanya untuk mendapatkan siri ini. Advanced Youth diuji secara dermatologi dan bebas kandungan alkohol, bebas minyak mineral, bebas pewangi sintetik dan bebas pewarna tiruan. Siri kecantikan ini boleh dibeli pada harga RM32.90- RM75.90 atau pembelian dalam maya Shopee dan Lazada. Untuk mendapatkan informasi lebih lengkap terkait Y.O.U Beauty, Advanced Youth ini kunjungi laman sosial rasmi Y.O.U Beauty, eksklusif di @youbeauty_my, laman sesawang Facebook dan TikTok
Artikel berkaitan: Wardah Beauty Mengintai Dunia London Fashion Week’22