Pastinya penerbangan jarak jauh mahupun perjalanan balik kampung yang memakan masa berjam lamanya akan membuatkan wajah anda lesu dan tidak segar tatkala tibanya di destinasi. Mungkin disebabkan kurang tidur, atau terlebih tidur juga boleh mengakibatkan wajah sembab serta kelihatan tidak bermaya.
Setibanya di lapangan terbang atau sebaik tiba di kampung halaman, tentunya kita tidak mahu di sambut oleh keluarga, rakan, teman atau suami dengan keadaan yang seperti tidak terurus dan wajah lesu. Jadi, mungkin video dari personaliti sosial terkemuka, Michelle Phan boleh sedikit sebanyak membantu anda dalam mengekalkan kulit dan wajah anda kekal segar dan cantik ketika mengembara jauh yang juga boleh dipraktikkan jika anda menaiki kereta, keretapi atau bas. Jom kita lihat!