Teks : Razin Mohd
Tahukan anda bahawa produk anti-penuaan boleh mula digunakan seawal umur 20 tahun? EH! ada produk penjagaan mujarab dari Derma-RX yang ingin dikongsikan!
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kulit tampak lebih berusia dari umur sebenar, baik pencemaran, sinaran berbahaya juga gaya hidup yang tidak sihat. Penjagaan kulit wajah hari ini kian menjadi perkara penting, wanita hari ini lebih mengutamakan kesihatan kulit berbanding solekan yang menyamarkan ketidaksempurnaannya. Derma-RX tampil dengan satu serum yang bakal menyalurkan semula khasiat yang diperlukan oleh kulit agar tampil dengan lebih lembut ajal dan sihat dengan semula jadi dengan produk magis MAX-C Antioxidant Collagen Booster Clarifying.
Serum ini membekalkan perlindungan yang optimum terutamanya dari pecemaran alam dengan ekstrak vitamin C sebagai bahan antioksida utama. Terpilih sebagai Pelembap Anti Penuaan, Derma-RX MAX C Antioxidant Collagen Booster Clarifying bakal menjadi jalan penyelesaian buat masalah kulit anda terutamanya bagi yang sudah menunjukkan simptom-simptom kulit berusia.
Memenagi Anugerah Cantik EH! 2018 dalam kategori Pelembap Anti-Penuaan Pilihan, serum kulit ini mesra digunakan buat kesemua jenis kulit, perangsang kolagen berkuasa ini bukan sahaja melindungi kulit dari radikal bebas tetapi juga merawat warna kulit tidak sekata, seterusnya menyalurkan kolagen yang diperlukan agar kulit tampil lebih anjal, gebu dan berseri.