Jika sebelum ini kita hanya tahu yang mana batu permata digunakan sebagai barangan aksesori tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya ia juga mampu memberikan kulit wajah cantik berseri? Meeracle ada jawapannya.

Batu permata pada hakikatnya kaya dengan bahan mineral yang dapat merealisasikan kulit cerah berseri. Pasti tidak ramai yang tahu akan perkara ini kerana siapa sangka batu permata punya kelebihan untuk mencantikkan kulit bukan?
Jadi, dek kerana itu Meeracle jenama produk kecantikan kulit terkenal menjadi yang pertama di Asia dan Malaysia menghasilkan produk yang berasaskan formula batu permata dengan menggunakan ekstrak berlian, rubi dan mutiara.
Gabungan tiga ekstrak unik yang disumberkan dari Perancis ini kemudian dicipta untuk memberikan kulit lebih berseri serta halus muda.
Ekstrak Berlian :
Berfungsi dalam melembutkan kulit, memberikan tona kulit sekata, memudarkan kesan parut serta kedutan dan menjadikan kulit halus mulus berseri.
Ekstrak Batu Rubi Merah :
Ia memulihkan kesihatan dan keserian kulit, mendetoksifikasi dan menyucikan jangkitan kulit, memperbaiki peredaran darah serta menyuburkan kulit sekaligus membuatkan kompleksi tona kulit kelihatan seakan merah jambu semula jadi.
Ekstrak Mutiara :
Melembap, anti-penuaan dan mencerah kulit serta menganjalkan.
Batu permata merupakan bahan utama yang digunakan dalam produk rangkaian Meeracle kerana ia mengandungi bahan aktif semula jadi yang memastikan kulit mendapat hasil yang terbaik.
Meeracle Facial Serum (RM79, 30 ml)
Merupakan produk terbaru yang ditambahbaik formulasinya serta senang meresap. Ia mengandungi 23 bahan aktif semula jadi yang dapat memberika perubahan ketara pada kulit dalam jangka masa yang singkat sahaja.
Meeracle Facial Cleanser (RM49, 50 ml)
Ia mengandungi malakit, sejenis batu permata yang mengawal minyak berlebihan dan mempunyai bahan anti-bakteria untuk memulihkan jerawat selain berintipatikan aloe vera dan teh hijau yang menjamin kesegaran kulit, sebagai anti-penuaan, serta kulit lebih segar selepas di cuci.
Meeracle Facial Cleanser ini mengandungi apple stem cell dan avokado yang masing-masing boleh meningkatkan pertumbuhan dan keupayaan sel kulit serta menghilangkan kedutan dan parut jerawat pada raut wajah.
Untuk ketahui lebih lanjut tentang keberkesanan batu permata dalam kecantikan kulit wajah, anda boleh layari ke laman web atau sosial media Meeracle:
Web : www.meeracle.com.my
FB : @meeraclegemstonebeautyHQ
IG : @meeracle_my