Teks : Izzati Saadin
Magisnya span solekan atau lebih dikenali dengan beauty blender menjadikan asas begitu mulus dan semula jadi! Dioles pula bersama bedak asas litupan menyeluruh, lebih sempurnalah hasilnya
Pernahkah anda mencuba sapuan asas menggunakan span solekan? Dan jika pernah tahukah anda apa keunikan dan keistimewaan item ini? EH! tampilkan lapan fakta mengenai span solekan dan pilihan bedak asas liputan menyeluruh buat anda yang inginkan kemasan wajah sempurna!