Ibarat melangkah ke gedung kecantikan Maybelline walaupun hanya kembara secara laman maya dengan ilham reka bentuk stor pop-up.
Serba moden dan konseptual, ilham reka bentuk stor pop-up yang hanya boleh dikunjungi secara online ini mencetus pengalaman di luar jangkaan. Seperti melangkah ke gedung kecantikan Maybelline, dengan keadaan semasa yang berlaku dalam kehidupan kita adalah lebih baik jika terus berada di rumah malah lebih selamat. Jangan risau kerana anda bakal mengalami pengalaman baru lagi menarik secara virtual sambil membeli-belah item solekan. Di samping mengembara secara maya, anda juga berpeluang menikmati promosi menarik yang hanya boleh didapati di stor pop-up Maybelline.
Ibarat melangkah ke gedung kecantikan Maybelline walaupun hanya kembara secara laman maya dengan ilham reka bentuk stor pop-up.
Alami pengalaman pertama dalam kembara virtual yang menampilkan beberapa ruang solekan seperti bedak asas, maskara dan gincu. Setiap sudut dikhususkan kepada kaunter tertentu untuk memudahkan akses secara online. Antaranya ruang Fit Me, Hypercurl, Super Stay, Make Over Station dan Glam Station.
Di ruang kaunter “Fit Me” terdapat beberapa produk wajah terlaris Maybelline seperti Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundation, Fit Me Skin-Fit Powder Foundation, Fit Me Concealer dan Fit Me Blush.
Bedak asas cecair Fit Me Matte + Poreless dalam tekstur lightweight memiliki sebanyak 25 warna sesuai dengan tona kulit wanita Malaysia. Tiada lagi masalah kesan mekap melekat pada topeng pelitup wajah kerana ia bersifat transfer-proof. Keunikan bedas asas cecair ini turut mempunyai kandungan SPF 22 melindungi kulit dari terdedah sinaran UV dan melitupi kesan noda pada kulit muka secara natural walaupun dengan topeng pelitup wajah.
Jurusolek, Bee Ramza berkongsi cara mendapatkan asas solekan sempurna dengan menggunakan rangkaian Maybelline Fit Me, bedak asas nombor 1 di Malaysia.
Di ruang kaunter “Hypercurl” terdapat beberapa produk mata yang digemari wanita Malaysia seperti The Hypercurl Waterproof Mascara, Hypersharp Power Black Liquid Eyeliner and Define & Blend Brow Pencil.
Tahukah anda solekan mata adalah sangat penting untuk menyerlahkan wajah. Walaupun memakai topeng pelitup muka, maskara Hypercurl adalah pilihan sempurna untuk mencipta ilusi mata nan galak. Malah, ia juga bukan sahaja melebatkan bulu mata tetapi tahan sehingga 36 jam. Solekan mata lebih lengkap dengan Hypersharp Power Black Liquid Eyeliner yang memberikan garis tajam di hujung sudut mata. Kemaskan kening dengan Define & Blend Brow Pencil.
Jurusolek, Bee Ramza berkongsi cara mendapatkan solekan mata glamor menggunakan rangkaian solekan mata Maybelline termasuklah maskara nombor 1 Malaysia, The Hypercurl Waterproof Mascara.
Pilih gincu sempurna hanya di hujung jari. Di ruang kaunter Superstay menampilkan wajah Gigi Hadid yang kelihatan menawan dengan pilihan rona merah terang di bibirnya. Melalui kaunter Superstay yang membariskan sebanyak 20 warna yang mampu bertahan sehingga 16 jam walaupun selepas anda makan atau minum.
Farah Nabilah mencuba gincu Maybelline Super Stay Matte Ink, gincu nombor 1 di Malaysia. Lihat bagaimana gincu ini mampu bertahan lama.
Elemen tersendiri, ibarat melangkah ke kota Metropolitan New York. Bebas memilih alat solek tanpa gangguan. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk memenangi beg kecil teksi kuning yang bernilai RM19.90 hanya dengan pembelian serendah RM60.
Atau miliki beg mekap berona merah jambu bernilai RM39.90 dengan pembelian serendah RM80, semuanya boleh didapati secara eksklusif di watsons.com.my
Klik pautan di sini https://tourmake.it/MaybellinexEH untuk alami pengalaman di stor pop-up Maybelline secara online.
Pautan berkaitan Ketahui Rahsia Bulu Mata Lentik Sehingga 36 Jam!