EH! X KOSÉ SEKKISEI bekerjasama dalam sebuah bengkel kecantikan istimewa sempena lebaran bersama selebriti jemputan Cik Manggis dan 20 pembaca EH! yang bertuah.
Menyambut kemeriahan Hari Raya yang bakal tiba, EH! dan KOSÉ SEKKISEI telah bergabung tenaga mengadakan sebuah bengkel kecantikan yang istimewa di Pop-up EH! Raya Lounge di tingkat 5, Pavilion Kuala Lumpur.
Sambutan yang hangat dengan kehadiran 20 pembaca bertuah ini telah membuatkan EH! semakin yakin dengan keputusan untuk menjalin kerjasama bersama KOSÉ SEKKISEI. Seramai 20 pembaca bertuah yang terpilih mendapat peluang untuk menikmati pengalaman eksklusif ini, menawarkan pelbagai tip dan trik kecantikan dari wakil jenama terkenal dari Jepun. Kehadiran mereka turut memberi inspirasi kepada EH! untuk terus menghadirkan acara-acara yang bermanfaat dan memuaskan untuk pembaca setia EH!.
Pembaca bertuah diajak untuk menyelami rahsia kecantikan kulit ala Jepun dengan produk terunggul dari KOSÉ SEKKISEI serta cara terbaik untuk mengoptimalkan penggunaan rangkaian produk Sekkisei Clean Beauty daripada KOSÉ SEKKISEI. Peserta tidak hanya diperkenalkan kepada produk-produk berkualiti tinggi, tetapi juga diberikan panduan praktikal tentang bagaimana mengaplikasikan produk dengan betul untuk mencapai hasil yang maksimum.
Sekitar acara EH! Raya Lounge : Bengkel Cantik KOSÉ SEKKISEI Bersama Cik Manggis Di Pavilion Kuala Lumpur.
Bukan sekadar bengkel kecantikan biasa, acara ini juga memberi peserta peluang untuk mencuba variasi produk Sekkisei Clean Beauty daripada KOSÉ SEKKISEI dan mendapat tip eksklusif dari pakar kecantikan KOSÉ SEKKISEI yang mungkin tidak mereka dapatkan di tempat lain, menjadikan pengalaman ini benar-benar berharga dan bermakna buat para pembaca bertuah.
Setelah mengikuti bengkel ini, peserta tidak hanya membawa pulang ilmu baharu tetapi juga hadiah istimewa daripada KOSÉ SEKKISEI menjadikan pengalaman yang tidak terlupakan buat pembaca bertuah yang hadir. Dengan acara yang penuh kemeriahan ini, EH! dan KOSÉ SEKKISEI sekali lagi membuktikan komitmen mereka dalam membawa kebahagiaan dan kecantikan kepada para peminat kecantikan di Malaysia.
Artikel Berkaitan: Bengkel Cantik EH! x YSL Beauty Berlangsung Dengan Meriah Dan Eksklusif!