Mengetahui jenis bentuk wajah akan membolehkan anda lebih memahami cara peletakan solekan yang bersesuaian pada bahagian wajah serta boleh membantu mencari gaya rambut terbaik untuk anda.
Cara terbaik untuk mengukur bentuk wajah anda ialah membandingkan panjang muka anda dengan lebarnya. Untuk berbuat demikian, gunakan pembaris untuk mengukur dari tengah garis rambut anda ke bahagian bawah dagu anda kemudian, ukur lebar wajah anda. Anda juga boleh mengukur rahang anda dengan mencatat lebar muka anda pada titik terluas dan tulang pipi dengan mengukur pada setiap pipi. Dari sini, anda dapat menentukan jenis bentuk muka anda. Mengetahui bentuk muka juga dapat membantu anda mendapatkan gaya rambut yang sesuai. Gaya rambut boleh memainkan peranan besar dalam cara anda menekankan wajah anda. Jika anda menghadapi masalah memilih potongan rambut, pertimbangkan untuk mengetahui bentuk muka anda.
EH! kongsikan 5 jenis bentuk wajah yang boleh anda pelajari untuk membantu menentukan cara solekan dan potongan rambut yang sesuai:
1. Bentuk Muka Hati.
Jika dagu anda runcing dan dahi anda merupakan bahagian terluas di wajah anda, anda mempunyai wajah berbentuk hati. Bentuk muka ini kelihatan hebat dengan gaya rambut poni dan kelihatan terbaik dengan rambut sisir tengah dan panjang daripada paras bahu. Elakkan gaya rambut yang menonjolkan lebar dahi atau tulang pipi kerana tulang pipi merupakan bahagian terluas dalam bentuk muka ini. Reese Witherspoon, Kylie Jenner dan Billie Eilish antara selebriti yang memiliki bentuk muka hati.
2. Bentuk Muka Bujur.
Mereka yang memiliki muka bujur ini mempunyai dahi yang hanya sedikit lebih lebar daripada dagu mereka sebagai contoh, gambarkan apabila telur diletakkan terbalik. Jika anda mempunyai dahi yang tinggi, tulang pipi anda adalah bahagian terluas pada muka anda, dan muka anda lebih panjang daripada lebar, kemungkinan besar anda mempunyai muka bujur. Selebriti dengan bentuk muka seperti anda adalah, Kelly Rowland, Kerry Washington dan Blake Lively. Perkara yang menarik tentang wajah bujur ini adalah wajah anda sesuai dengan hampir semua gaya potongan rambut, daripada potongan rambut pendek ke panjang hingga ke gaya beachy waves, akan tetapi elakkan daripada gaya rambut hadapan yang terlalu tinggi kerana itu boleh membuatkan bentuk muka ini terasa bujur.
3. Bentuk Muka Segi Empat.
Jika anda mempunyai muka segi empat sama, sisi muka anda adalah lurus, dan garis rahang anda bersudut sedikit dengan lengkungan yang sangat minimum. Muka anda hampir sama lebar dengan panjangnya. Dalam erti kata lain, jika anda mengukur dari tepi bahagian atas tempat garis rahang anda bermula, anda akan mendapati bahawa ia akan menjadi lebih kurang sama dengan jarak dari rahang kiri ke rahang kanan anda. Anda juga mempunyai ciri garis rahang yang tajam. Bentuk muka ini lebih panjang daripada lebar dahi dan pipi. Jika anda mempunyai rahang segi empat tepat, anda boleh menggunakan solekan kontur untuk melembutkan bahagian tepi wajah dan membantu mencipta bentuk wajah lebih bulat. Selebriti dengan bentuk muka seperti anda adalah Rihanna, Sandra Bullock dan Cameron Diaz. Gaya rambut terbaik untuk anda pula, gaya rambut yang lebih penuh di sisi dan yang melembutkan tepi wajah adalah yang terbaik, elakkan potongan rambut yang menampakkan luas dahi anda.
4. Bentuk Muka Bulat.
Muka bulat adalah seperti muka berbentuk segi empat sama dengan sudut yang lebih lembut. Sisi muka anda melengkung sedikit ke luar dan bukannya lurus. Dagu anda membulat, dan tulang pipi anda adalah bahagian terluas muka anda. Jika anda mempunyai wajah bulat, anda boleh menggunakan pemerah pipi lebih tinggi sedikit pada tulang pipi untuk menekankan struktur tulang anda. Antara selebriti dengan bentuk muka anda ialah Elizabeth Olsen, Jennifer Lawrence dan Michelle Williams. Manakala, gaya rambut terbaik bagi mereka yang mempunyai bentuk muka ini ialah gaya Bob cut panjang dan poni panjang. Gaya rambut dengan sudut hadapan panjang akan membantu memanjangkan bentuk muka anda, elakkan mencipta lebih lebar pada sisi wajah, adalah terbaik untuk membiarkan rambut anda dan elakkan menyelitnya di belakang telinga.
5. Bentuk Muka Berlian
Jika anda melukis garisan yang menghubungkan bahagian tengah garis rambut ke tulang pipi dan turun ke dagu anda, ia akan menghasilkan bentuk berlian. Muka berlian ini mempunyai dagu yang runcing dan tulang pipi yang tinggi. Bentuk muka berlian adalah variasi bentuk hati. Dagu yang runcing dan tulang pipi yang tinggi menentukan bentuk muka ini. Wajah berbentuk berlian juga biasanya mempunyai dahi yang sempit. Perbezaan utama antara muka berbentuk berlian dan muka berbentuk hati ialah garis rambut. jika anda mempunyai wajah berbentuk berlian, garis rambut anda akan menjadi lebih sempit. Selebriti yang mempunyai bentuk ini adalah, Jennifer Lopez, Vanessa Hudgens dan Ashley Greene. Gaya rambut terbaik bagi bentuk muka ini pula ialah, gaya rambut panjang, ia akan membantu melembutkan sudut bentuk berlian, elakkan gaya yang menarik mata atau menyerlahkan garis rahang pipi anda. Jika anda ingin tampil bergaya dengan wajah berbentuk berlian, cuba gaya rambut long layers, textured shags, dan side-swept bangs.
Artikel Berkaitan: 5 Pembayang Mata, 5 Tip Untuk Solekan Mata Menyerlah