Rambut gugur kerana produk
Sememangnya kita dilahirkan dengan rambut yang kuat. Tetapi masalah akan timbul sekiranya anda sering melunturkan warna rambut, kerap menggunakan produk penggaya rambut seperti melurus rambut atau mengeritingkan rambut.
Ia mungkin tidak menyebabkan keguguran rambut dari akar tetapi akan menyebabkan rambut anda putus. Atasinya dengan menggunakan syampu yang betul, kurangkan mencuci serta hadkan penukaran warna dan stail rambut.