Ramai yang mengambil mudah tentang pemakaian krim malam pada waktu malam. Dek kerana terlalu letih dan ingin cepat tidur, maka pemakaiannya diabaikan begitu sahaja. Kulit kamu terdedah dengan banyak tekanan dan pencemaran pada siang hari. Pilih krim malam yang bersesuaian dengan usia:
Gambar: www.hsn.com
20an – Bahan kandungan natural seperti aloe vera, madu dan minyak pati sangat sesuai untuk kulit yang muda.
30an – Bahan kandungan yang aktif seperti asid amino, ceramides, retinol dan antioksidan .
40an – Gabungan bahan yang mengandungi peptida, ekstrak soya dan vitamin sangat sesuai untuk wanita yang berusia 40an kerana mampu merawat kedutan dan pigmentasi pada wajah.
50an dan 60an – Penting memilih krim yang sesuai untuk kulit tua dan matang bagi memberikan kelembapan tambahan dan memastikan kulit kamu kelihatan sihat sepanjang hari.
Waktu malam, kulit kamu akan menyerap semua nutrien penting ketika sedang tidur. Oleh itu, pemakaian krim malam mampu membantu penambahbaikan sel-sel kulit yang tercemar pada siang hari.