Dalam banyak-banyak serum rambut, Kérastase Genesis Anti Hair-Fall Fortifying Serum menjadi pilihan nombor satu di kalangan pembaca EH! apabila serum ini diundi sebagai Serum Anti Rambut Gugur Pilihan di EH! Beauty Awards 2023.
Terlalu banyak sebab mengapa rambut kita gugur kalau hendak disenaraikan satu per satu tetapi antara yang paling biasa adalah diet yang tidak seimbang, stres serta faktor usia. Jadi apa yang perlu dilakukan selain pemakanan dan cuba untuk mengurangkan tekanan? Rutin penjagaan rambut yang khusus direka untuk menggalakkan pertumbuhan rambut serta kelebatannya seperti Genesis Anti Hair-Fall Fortifying Serum pilihan kami ini.
Serum ini mengandungi tiga bahan yang unik dan kompleks iaitu Aminexil 1.5 peratus yang mencegah kolagen daripada mengeras di sekitar folikel rambut serta mengurangkan keguguran rambut dari akar, akar halia yang bertindak sebagai melindungi rambut daripada serangan luaran harian dan kafein yang menyumbang kepada peningkatan edaran mikro kulit kepala.
Cara hendak menggunakannya pun mudah sahaja. Sekali sehari pada waktu pagi atau sebelum tidur, titiskan empat dos pada kulit kepala yang kering bahagian demi bahagian. 1 dos = 1 penitis penuh hingga garis penanda. Kemudian mulakan urutan kepala dengan lembut. Tidak perlu dibilas dan anda bolehlah gayakan rambut seperti biasa.
Anda akan melihat kesan ke atas rambut gugur yang ketara selepas penggunaan selama enam minggu. Segala ketidakselesaan dan gatal-gatal akan jelas berkurangan selepas tiga minggu malah kulit kepala terasa lega dan soothing.
Untuk rutin penjagaan yang lebih lengkap anda bolehlah mulakan dengan cucian rambut menggunakan syampu dari rangkaian Genesis ini yang mana terdapat dua jenis yang boleh dipilih berdasarkan jenis rambut anda. Bain Hydra-Fortifiant (untuk rambut berminyak) manakala Bain Nutri-Fortifiant (sesuai untuk rambut kering). Syampu ini bertindak lembut untuk menyingkir sebum dan partikel kotoran yang meliputi kulit kepala.
Kemudian lengkapkan penjagaan dengan Fondant Renforçateur yakni perapi yang bermanfaat untuk menguatkan rambut. dengan formula dan tekstur yang lebih berkrim, sangat ringan dan berkesan untuk menguatkan rambut dari lemah dan mudah putus.
Kemudian barulah gunakan Kérastase Genesis Anti Hair-Fall Fortifying Serum. Bagi anda yang suka menggayakan rambut anda disaran menggunakan Défense Thermique sebelum menggunakan pengering rambut. Semburkan dalam dua ke empat pam, dan ratakan pada rambut sehingga ke hujung. Kemudian barulah gunakan pengering rambut.
Semburan ini akan melindungi rambut dari haba panas dan menguatkan rambut dan melindunginya dari mudah putus. Ia mengandungi Edelweiss Native Cells dan akar halia dan berkesan merapi rambut, menghalang dari mengerbang dan paling penting membuatkan rambut tahan dengan suhu panas sehingga 220°C.
Anda juga boleh cuba rawatan Kérastase Genesis di salun yang membantu mengurangkan risiko keguguran rambut sambil menguatkan serat rambut untuk penampilan yang lebih sihat dan lebat.
Bila digabungkan rawatan salun dan juga penjagaan di rumah, makin cepatlah selesainya masalah rambut gugur tu.
Klik pautan
INI
untuk informasi lanjut tentang Kérastase Genesis Anti Hair-Fall Fortifying Serum atau pautan
INI
untuk memilikinya secara dalam talian.