Rangkaian Kérastase Genesis Anti Hair-Fall dicipta dengan formula untuk menguatkan rambut, berkesan dalam menyubur akar rambut dan kulit kepala. Rangkaian ini diformulakan khusus untuk mereka yang mempunyai masalah rambut gugur.
Ada masanya kita melalui satu fasa masalah rambut gugur kesan daripada tekanan, kekurangan nutrisi dan juga faktor lain. Kita sedar yang ramai wanita mungkin berasa kurang yakin apabila mereka berhadapan dengan masalah rambut gugur. Situasi ini membuatkan wanita berasa malu juga bimbang pabila mendandan rambut. Kembalikan keyakinan dan kekalkan kekuatan tiap helai rambut dengan himpunan Kérastase Genesis Anti Hair-Fall.
Mengapa Rambut Gugur?
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan isu rambut gugur, tetapi antara yang menjadi penyumbang utama ialah akar rambut yang lemah, selain menjadi rapuh apabila rambut semakin panjang. Hal ini berlaku disebabkan oleh faktor bioligikal, paten pengambilan nutrien, pencemaran mahupun tabiat gaya hidup. Penggunaan alat mendandan rambut yang bersuhu tinggi juga menjadi punca utama dalam masalah rambut gugur. Berpandukan kajian, 88 peratus wanita akan mengalami masalah rambut gugur dalam waktu tertentu sepanjang hidup mereka, manakala 40 peratus wanita berusia 35 tahun ke bawah juga sudah berhadapan dengan masalah serupa.
Rangkaian The Kérastase Genesis merupakan rangkaian pertama yang memberi perhatian kepada aksi dwi fungsi iaitu memberi tumpuan kepada menguatkan rambut sebelum masalah rambut gugur berlaku. Produk penjagaan rambut ini menyasarkan kepada isu rambut rapuh dan juga akar rambut yang lemah. Formula yang diguna pakai di dalam himpunan ini adalah hasil pandangan pendandan rambut, pakar nutrien dan dermatologi demi mendalami punca sebenar masalah keguguran rambut.
Kérastase menawarkan rejim yang bukan sahaja menguatkan rambut malah mengurniakan anda helaian rambut yang sihat, berkilat dan bersinar. Seandainya anda hilang keyakinan akibat masalah rambut gugur, Kérastase mahu mengembalikan keyakinan itu. Dua pendekatan dalam rangkaian ini secara pantasnya mengurangkan masalah rambut gugur dengan menguat dan merangsang akar rambut demi mengurangkan masalah keguguran rambut jangka masa panjang.
BAHAN UTAMA
Kérastase Genesis menggabungkan bahan-bahan terbaik demi satu inti pati berkuasa berkesan sebagai anti kesan rambut gugur, serta memastikan kulit kepala yang subur selain rambut yang sihat beralun.
Akar Rambut Lemah
Aminexil 1.5%
Molekul ini ditemui untuk menghalang enzim demi menguatkan rambut. Para pengkaji di L’Oréal telah mencipta molekul berkaitan yang membantu mengekalkan kolagen di dalam rambut, menjaga nutrisi pada kulit kepala. Aminexil 1.5% memastikan kulit kepala subur dan aktif lantas mengurangkan rambut gugur pada akarnya.
Rambut Rapuh
Edelweiss Native Cells
Melindungi rambut dari sinar UV dan pencemaran demi menghalang masalah rambut rapuh. Mengelakkan kerosakan kulit kepala, menguatkan akar rambut serta mengurangkan kerapuhan helaian rambut.
Akar Halia
Merangsang kitaran mikro untuk menggalakkan akar rambut yang sihat dan kuat. Menggalak dan memelihara kulit kepala yang sihat.
RANGKAIAN KERASTASE GENESIS
Baru-baru ini kami menguji kehebatan rangkaian Kérastase Genesis-Anti Hair-Fall. Tonton video berikut yang menampilkan Mimi Lana, Sharifah Rose dan Lizz Chloe. Keyakinan pada setiap langkah, tidak takut akan keguguran rambut.
Rangkaian penjagaan rambut Kérastase Genesis bermula dengan memberi perhatian kepada kulit kepala dan akar rambut. Himpunan ini dibarisi tujuh produk, dan anda disaran menggunakan kesemuanya untuk hasil yang maksimum. Rangkaian ini merangkumi empat langkah yakni membersih, menjaga, penyediaan dan penggerak demi membantu melindungi rambut anda sepanjang masa.
Langkah 1- Membersih
Terdapat dua jenis syampu sebagai pilihan. Sapukan syampu pada kulit kepala, basahkan rambut dan kemudian urut kepala dan bilas.
Kérastase Genesis Hydra-Anti Hair-Fall Fortifying Shampoo dicipta khusus untuk rambut halus dan berminyak. Syampu ini menyingkir lebihan minyak dan kesan pencemaran dengan lembut. Ia dilengkapi dengan aksi anti-minyak untuk meleraikan rambut dengan mudah.
Kérastase Genesis Nutri-Anti Hair-Fall Fortifying Shampoo untuk rambut tebal dan kering. Formulanya membantu menguat fiber rambut dan menyediakan manfaat mendalam untuk kesihatan rambut.
Langkah 2: Rawat
Langkah ini memerlukan anda menggunakan dua produk iaitu perapi dan pupur rambut.
Kérastase Genesis Anti Hair-Fall Conditioner menyubur fiber rambut dan meleraikan rambut kusut. Sapukan pada rambut yang sudah dicuci, biarkan dua ke tiga minit dan bilas hingga bersih.
Kérastase Genesis Anti Hair-Fall Intense Fortifying Masque. Pupur ini menghidrat dan menyuburkan rambut. Selepas mencuci rambut, sapukan pupur ini dan biarkan selama lima minit sebelum dibilas dengan bersih.
Langkah 3: Mengaktifkan
Serum untuk kegunaan harian ini menguatkan kulit kepala hari demi hari, menyediakan perlindungan serta mengautkan rambut. Penggunaan serum ini saban hari akan menyediakan persekitaran nan ideal untuk pertumbuhan rambut.
Kérastase Genesis Daily Anti Hair-Fall Fortifying Serum, gunakan sekali sehari, sama ada pada waktu pagi atau sebelum beradu. Sapukan empat pipet pada kulit kepala dan urut lembut. Tidak perlu dibilas.
Pada saat keguguran rambut meruncing, Kérastase Genesis Anti Hair-Fall Fortifying Ampoules dilihat sebagai penawarnya. Pati unik hasil adunan bahan-bahan terbaik bertindak sebagai penawar yang secara pantas bertindak aktif mengurangkan masalah rambut gugur. Titisan atau ‘suntikan’ ini menyediakan penyubur yang menggalakkan pertumbuhan rambut agar kuat dan bersinar.
Langkah 4: Melindungi
Lindungi rambut anda saat menggunakan alat penggayaan rambut.
The Anti Hair-Fall Fortifying Blow-Dry Fluid menyediakan perlindungan terbaik buat rambut sehingga suhu 220 darjah selsius, melerai dan menghidrat fiber rambut. Sapukan pada rambut yang basuh sebelum melakukan tiupan kering. Ia menyediakan perlindungan anti-rapuh, memastikan rambut kekal kuat dan sihat.
Disarankan anda mula menggunakan rangkaian ini selama enam minggu untuk melihat hasilnya. Rangkaian ini sesuai untuk semua jenis rambut, dari yang halus, tebal, berminyak mahupun yang kering. Pastikan anda memilih syampu yang sepadan dengan kondisi dan jenis rambut anda. Teruskan melangkah dengan yakin dengan rambut yang sihat beralun hasil penggunaan rangkaian Kérastase Genesis Anti Hair-Fall.