Pico laser antara rawatan estetik yang hangat diperkatakan dalam dunia kecantikan. Bukan sekadar menjanjikan kulit yang lebih sekata, tetapi juga menjadi solusi kepada pelbagai masalah kulit. Dengan downtime yang minimum, ia menjadi pilihan ramai yang inginkan hasil yang lebih cepat tanpa perlu hilang dari radar terlalu lama.
Sebelum anda terpengaruh dengan video transformasi kulit di media sosial atau terus menekan butang book appointment, ada beberapa perkara yang patut diberi perhatian. Walaupun pico laser terkenal sebagai rawatan yang lebih lembut berbanding sesetengah jenis laser lain, hasil yang optimum tidak hanya bergantung kepada mesin yang digunakan, tetapi juga persediaan sebelum dan penjagaan selepas rawatan.
Anggaplah pico laser sebagai satu pelaburan untuk kulit anda. Bukan sekadar tentang glow segera, tetapi perjalanan membina semula kulit yang lebih sihat, stabil dan seimbang. Jadi sebelum anda melangkah masuk ke klinik estetik dan menekan butang book appointment, ini lima perkara penting yang EH! rasa anda wajib tahu terlebih dahulu.
1. Bukan Rawatan One-Off
Jika anda mengharapkan kulit terus berubah selepas satu sesi, anda mungkin perlu merendahkan sedikit jangkaan. Kulit memerlukan masa untuk melalui proses pembaikan dan regenerasi. Pico laser bukanlah tentang perubahan segera walaupun ada sesetengah individu dapat melihat perubahan awal selepas rawatan pertama. Kebanyakan masalah kulit seperti parut jerawat dan pigmentasi memerlukan beberapa sesi untuk mendapatkan hasil yang lebih ketara.
2. Elakkan Bahan Aktif
Beberapa hari sebelum sesi pico laser, kulit anda perlukan break daripada bahan aktif yang terlalu kuat. Ini termasuk retinol, AHA, BHA dan sebarang produk exfoliate. Tujuannya untuk mengurangkan risiko iritasi dan sensitiviti selepas rawatan. Dalam tempoh ini, cukupkan dengan rutin yang ringkas, lembut dan menenangkan. Anggap ia sebagai fasa skin reset sebelum kulit menerima rawatan intensif.
3. Pelindung Matahari
Jika sebelum ini sunscreen hanya digunakan bila anda “ingat” selepas rawatan pico laser kulit akan menjadi lebih sensitif terhadap cahaya matahari. Jadi tanpa perlindungan yang betul, risiko hiperpigmentasi boleh meningkat dan mengganggu hasil rawatan. Sebab itu penggunaan sunscreen dengan SPF yang mencukupi setiap hari adalah wajib.
4. Tidak Semua Masalah Kulit Sesuai
Walaupun pico laser terkenal dengan pelbagai manfaatnya, bukan bermakna semua orang boleh terus menjalani rawatan tanpa pemeriksaan terlebih dahulu. Sekiranya anda mempunyai jerawat aktif, jangkitan kulit atau masalah kulit tertentu, doktor mungkin akan mencadangkan rawatan lain terlebih dahulu sebelum memulakan sesi laser. Konsultasi awal sangat penting untuk memastikan rawatan yang dipilih benar-benar sesuai dengan keadaan kulit anda.
5. Penjagaan Selepas Rawatan
Hasil kulit cantik bukan hanya terletak pada apa yang berlaku di dalam bilik rawatan, tetapi juga bagaimana anda menjaga kulit selepas keluar dari klinik. Kulit mungkin mengalami sedikit kemerahan atau rasa kering dalam beberapa hari pertama. Pada waktu ini, produk yang menghidratkan dan menenangkan kulit menjadi keutamaan. Elakkan scrub, rawatan muka yang agresif atau penggunaan bahan aktif yang terlalu kuat sehingga kulit pulih sepenuhnya.
Ini Tiga Klinik Aesthetic Yang Boleh Anda Pertimbangkan
Jika anda sedang mempertimbangkan rawatan pico laser, pemilihan klinik memainkan peranan penting dalam menentukan keselamatan, pengalaman dan juga hasil akhir pada kulit. Berikut antara tiga klinik yang sering menjadi pilihan.
1. Aglow Clinic
Aglow Clinic antara klinik estetik yang semakin mendapat perhatian dengan pendekatan rawatan yang lebih moden, minimal invasif dan berfokuskan hasil semula jadi. Klinik ini menawarkan pelbagai rawatan kulit termasuk rejuvenation, pigmentasi, parut jerawat serta rawatan laser di cawangan terpilih, termasuk teknologi seperti pico laser.

2. Dr Chong Clinic
Merupakan antara rangkaian klinik estetik yang paling terkenal di Malaysia, dengan cawangan di Kuala Lumpur, Selangor dan beberapa negeri lain seperti Johor, Penang, Melaka dan Sabah. Klinik ini berfokus kepada rawatan kulit berasaskan teknologi perubatan moden yang minimum invasif, termasuk rawatan laser seperti pico laser, fractional laser, skin rejuvenation dan rawatan parut jerawat.

3. Freia Medical Aesthetic
Freia menampilkan pendekatan yang lebih peribadi dalam rawatan estetik, dengan penekanan kepada pemahaman keadaan kulit sebelum sebarang rawatan dimulakan. Rawatan seperti pico laser ditawarkan sebagai salah satu pilihan untuk membantu memperbaiki tona kulit, tekstur dan masalah pigmentasi. Fokus utama klinik ini adalah untuk mencapai hasil yang lebih seimbang dan semula jadi, selari dengan keadaan kulit setiap individu.

Artikel Berkaitan: 5 Lokasi Rawatan HIFU Terbaik Anda Wajib Cuba
