Semakin usia meningkat semakin berbeza produk penjagaan untuk wajah agar sentiasa kekal sihat dan bebas masalah. Kedutan, garisan halus, bintik-bintik hitam, warna kulit tidak sekata sentiasa menjadi masalah bagi wanita yang berusia matang. Di pasaran hari ini terdapat banyak produk penjagaan kulit khas untuk anti-penuaan. Boleh dikatakan rambang mata dalam memilih produk yang betul-betul sesuai. Pernahkan anda terfikir akan kandungan atau apakah bahan yang patut ada dalam produk anti-penuaan. Adakah kandungan tersebut benar-benar memberi manfaat pada kulit atau tidak. Penulis kongsikan senarai bahan yang perlu ada dan manfaatnya dalam produk penjagaan agar kulit wajah sentiasa awet muda.
AHA DAN BHA
Kandungan AHA (Alpha Hydroxy Acid) dalam bahan krim anti-penuaan merupakan ramuan yang baik untuk jenis kulit normal dan kering. AHA berupaya membantu kelembapan dan meningkatkan produksi kolagen serta memperhaluskan tekstur kulit yang tidak sekata. Mananakala BHA (Beta Hydroxy Acid) baik untuk kulit normal yang cenderung berminyak.
RETINOL
Retinol merupakan kandungan zat yang terbuat dari vitamin A. Fungsi retinol ini adalah untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati pada wajah dengan cara pengelupasan kulit. Retinol juga meningkatkan produksi kolagen pada wajah sehingga kulit menjadi anjal. Krim anti- penuaan yang mempunyai retinol disarankan pemakaiannya pada waktu malam. Sekiranya memakai pada waktu siang, ia tidak akan berkerja dengan baik kerana terkena cahaya matahari. Iritasi akan terjadi pada kulit.
NIACINAMIDA
Merupakan sel vitamin B3 yang terdapat dalam daging, ikan,susu,telur dan sayuran hijau. Fungsi utamanya untuk mencegah kulit dehidrasi akibat pancaran matahari dan merangsang pengaliran sel kulit. Niacinemide juga dapat mencegah jerawat pada kulit.
VITAMIN E
Vitamin E menigkatkan produksi kolagen serta dapat mengurangkan kedutan pada wajah. Selain melembutkan tekstur kulit, ia juga dapat mencegah dan membaiki warna kulit yang tidak sekata.
VITAMIN C
Vitamin C mempunyai manfaat yang banyak dalam kesihatan kulit dan badan. Meningkatkan kadar kolagen, mencerahkan kulit wajah dan merawat masalah jerawat kerana fungsi vitamin C itu sendiri berupaya untuk menyembuhkan luka.
ANTIOKSIDAN
Krim anti-penuaan yang bagus seharusnya mengandungi zat antioksidan dengan tujuan untuk mencegah kedutan, garis halus pada wajah, menanggalkan sel-sel kulit mati dan radikal bebas akibat dari polusi udara yang kotor. Kandungan antioksidan boleh ditemui dalam teh hijau dan ekstrak biji anggur.
AVOBENZONE
Kandungan avobenzone biasanya boleh didapati pada krim tabir suria. Bahan ini mampu menghalang sinar UVA. Biasanya avobenzone akan digabungkan dengan zat benzofenon-3 atau oxybenzone untuk perlindungan yang lebih berkesan terhadap sinar UVB.