10. Bintik Hitam
Bintik hitam adalah sejenis komedo. Komedo berlaku apabila pori-pori kulit tersumbat dengan sel kulit mati dan bahan pelindung berminyak yang dikenali sebagai sebum. Bahagian atas bintik hitam, yang kelihatan pada permukaan kulit, mempunyai warna gelap. Cara merawatnya ialah dengan mempersihkan wajah dengan scrub khas untuk mengelupas muka secara lembut. Cari yang bebas pewangi dan untuk kulit sensitif, dan elakkan apa-apa yang membuat kulit anda terlalu kering. Bagi yang suka bersolek, gunakan produk bukan komedogenik yang tidak menyumbat pori sebaliknya harus memastikan liang pori bersih dan terbuka serta mengurangkan pembentukan kulit mati. Bahan dalam penjagaan kulit yang perlu dicari untuk blacheads ialah asid Azelaic, asid salisilik dan benzoyl peroksida.